Friday, November 20, 2009

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

> Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
> tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali
> untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
> Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan..
> Jika boleh niatkan sebegini:
>
> 1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
> 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
> dan mencintai islam
> 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
> dan berjaya didunia dan akhirat.
> 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
> dapat ini
> 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
> dan miskin
> 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
> beriman kesihatan zahir batin
> 7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
> redhaikanlah aku.....
>

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz
'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud
'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila
kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya
kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang ALLAH
turunkan kepada Jibrail..

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka
apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.
Aku tidak akan meninggalkannya sekejap matapun sejak
BISMILLAH di turunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan
berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora,
mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu
dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya
dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan
Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid,
maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara
yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat
penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Mas '
ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari
19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali
setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga
tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka
kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya
Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi
dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan
bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali
ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan
syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di
hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam
hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada
si pembaca..

Kurma, Kismis, Madu & Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

Kurma/ Kismis / Madu
Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil,
kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak
yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan
santun serta cerdas pemikirannya. "

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik
sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung
kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan,
buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa
melahirkan nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia
merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang
harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi
banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya,

akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang
hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan
menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih
hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang
berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang
baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa
racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah
kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah
sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak
akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena
kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning),
menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa,
menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah,
maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak
disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung,
menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan
kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis
dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan
dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan
menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan
yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena
dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada
di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di
dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu
telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala
penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir
dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan
membaca Al-Quran".