Monday, February 28, 2011

Bicara Hati (I)

…daun pintu ku kuak perlahan. Aku memandang wajahnya dengan penuh pengharapan. Ku gagahkan kaki melangkah menghampirinya. Kerusi beralas bantal menyambutku penuh sepi. “Sampai bila kita harus begini?” aku memberanikan diri memulakan bicara tanpa memandang kepadanya. Namun tiada sahutan darimu. Mataku mula berkaca,harapanku agar kau mengerti apa yang bergejolak didasar hati saat ini. “terlalu sukarkah untuk kita mengakhirinya hingga kau menyiksaku sebegini lama?”. Aku terus menghamburkan pertanyaan walaupun sedari tadi masih tiada jawapan yang aku dengari. Aku mula melepaskan debaran yang sejak awal tadi menggila memukul jiwaku. Dengan hembusan nafas yang ku tarik jauh dari dalam,aku melepaskannya perlahan menandakan aku semakin bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. “aku cintakan kau terlalu banyak,salahkah?” aku kembali mula berbicara sedangkan tiada sepatah kata keluar dari bibirnya. Wajahku mula merah menahan amarah. “sampai bila harus begini?” pertanyaan ku kali ini diiringi nada suara sedikit tinggi. “berhenti membuatkan aku menjadi gila keranamu” aku mula hilang pertimbangan. Dia dihadapanku ini adalah cinta pertamaku,benarkah?atau aku diperdaya oleh cinta yang buta? Dia dihadapanku adalah insan pertama membuatkan aku sedar akan cinta,membuat aku sedar hidup perlukan cinta dan membuatkan aku sedar cinta itu perlu dirasa. “mengapa cinta perlukan pengorbanan?”. Aku mula berbicara lagi. Ku kuis setitik air jernih yang jatuh ke pipi ku. Aku perlu kuat,aku perlu tabah,aku perlukan seribu kekuatan. Pandangan ku ku halakan tepat ke arah wajahnya. Aku memandangnya dengan sejuta perasaan yang datang menerpa. Entah rindu,entah sayang,entah cinta,entah dendam,entah kasih entah suka,entah benci entah apa perasaanku saat itu. Air mata ku seka sekali lagi. Berhenti mengalirkan airmu wahai sang mata. Aku kini perlukan berjuta kekuatan untuk menghadapi dia sang jejaka yang pernah bertakhta di lautan jiwaku. Aku sedikit berengsot menghampirinya. Ku alihkan pandangan ku menghala ke monitor jantungnya. Alirannya seimbang menandakan dia separas adanya. Aku menatap wajahnya kembali. Kenangan lalu berlari-lari di benak fikirku. Kau hadir saat aku mencari-cari arah cintaku. Kau hadir membawa seribu kasih bersamamu. Kau menjadi tangan kananku. Kau ada setiap ketika denganku. Kau meniup semangatku saat aku jatuh terduduk. Kau menasihatiku saat aku berbuat sesuka hatiku. Dan kini......

Sunday, February 13, 2011

UsiA mUdA....

Benarlah kata orang,ketika kita di usia muda,macam-macam boleh disebut,macam-macam boleh dikata dan pelbagai benda boleh dilakukan...Ianya membuatkan kita lupa bahawa ada hati yang terluka,ada hati yang kecewa,ada hati berdesis hampa,ada hati berlagu sendu hingga membuatkan sekaping hati itu nanar dan terus memendam rasa.
Pengajaran yang terbentang luas dihadapan mata aku ini membuatkan aku sedar bahawa apa sahaja yang aku lakukan pada hari ini walau sebesar kuman pun akan aku terima natijahnya dikemudian hari. Jika pada hari ini kita tamak,kedekut dan haloba maka di usia tua nanti kita akan meminta belas ihsan orang lain untuk makan hatta untuk sesuap nasi cuma.
Sedih sangat aku rasa... kenapalah hingga jadi macam ni,biler dah diberi diungkit ungkit pulak. Bila tak nak ambil,dikata bermacam. Benarlah hukum alam,manusia yang satu ketika dahulu penuh rasa tamak,dengki,busuk hati...kesannya sehingga tua. Kadang-kadang akal warasku hilang pertimbangan apabila memikirkan seorang ibu tua yang sepatutnya menjadi pelindung,tempat berpayung anak cucu tetapi berfungsi untuk memecahbelahkan anak dan cucu sendiri. Setiap pemberiannya akan diungkit-ungkit. Suka memalukan cucu sendiri dihadapan orang. Inikah nenek yang boleh dibanggakan? Inikah calon nenek mithali? Inikah harga yang perlu dibayar oleh anak dan cucu untuk menapak di bumi Allah ini?
Segala yang berlaku membuatkan aku semakin memanjatkan segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T. Dan semakin bertambah keyakinanku bahawa setiap yang kita lakukan kita perlu bertanggungjawab dan jangan sesekali melukakan hati orang lain. Akhir kalam moga ketemu lagi..

Wednesday, February 9, 2011

Hmmmm...

Aper ye..? Hidup nih penuh dengan kejutan dan pelbagai perkara yang tak diduga,kadang-kadang tak tercapai dek akal kita yang amat terbatas ni.. Ader suka,malah tak kurang jua berita duka yang menghiasi dan melengkapkan perjalanan hidup kita seharian. Asalkan kita memandang sesuatu itu adalah dari Yang Khalik dan yakin bahawa semuanya adalah dugaan hidup,pasti akan damai dan tenteram hati kita...

Tuesday, February 8, 2011

SABAR...


Orang selalu sebut sabar,sabar,sabar dan sabar... semudah menyebutnya tapi terlalu sukar untuk mengharunginya. Setiap rentetan kisah adalah sebuah 'journey' atau pengembaraan yang mematangkan kita... hmmm
Kesabaran akan semakin parah apabila yang kita minta bagai tak kunjung tiba... cuma this miracle word yang aku pegang dulu,kini dan selamanya... nak tahu? okeh,, "bila Allah memberi apa yang kita minta,tandanya Allah sayangkan kita,bila Allah lambat makbulkan hajat kita,tandanya Allah nak uji kita dan jika Allah tidak makbulkan doa kita,ertinya Allah nak beri yang lebih baik dari apa yang kita minta...
Menarik kan hidup nih.. Penuh dengan keajaiban dan semestinya seorang makhluk Tuhan yang beriman,puji pujian pada Allah pasti tak lekang dari bibirnya...
Dalam hidup nih setiap hari penuh dengan pembelajaran... ader yang disedari malah ramai yang tak menyedari dan membiarkan ianya berlalu pergi begitu saja!! Janganlah macam tu..!!