Tuesday, June 30, 2009

RENUNG RENUNGKAN....

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
p/s:percayalah segala yang terjadi telah ditakdirkan sejak azali, kita dihidupkan utk diuji kekuatan iman sbelum bertemu Ilahi. Terima kasih penulis dibawah.
dipetik dari: written by mikagami

WANITA SOLEHAH:BIDADARI CINTA

Wanita solehah itulah bidadari cinta yang didambakan oleh penghuni syurga. Tanyalah kepada wanita disekeliling kita, hatta kepada seorang pengemis wanita yang, hati pasti terusik lantas mengiyakan gelaran wanita solehah yang diidamkan. Dangkalnya aqal wanita apabila dipersoalkan mengapa nabi hanya dilantik di kalangan lelaki... aduhai wanita muslimah, kau tetap tidak disisihkanNya. Malah Dia menganugerahkan kepadamu, keistimewaan yang tiada tandingan dengan lelaki. Lihatlah dirimu, carilah keistimewaan itu. Di situlah letaknya kebesaran dan keagunganNya. Kerinduan ahli syurga terhadap wanita solehah melebihi kerinduan mereka kepada 70 orang wali. Peganglah pada janji sabda Nabi, dari Anas bin Malik r.a Apabila seorang wanita mengerjakan shalat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya, maka ia pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.Tidakkah terusik hatimu muslimah semua... Senang untuk dirimu meraih syurga yang dijanjikan. Dan harus diingat bahawa janji-janjiNya itu adalah pasti. Tunduk dan taatlah kepada perintahNya dan patuhlah setiap larangannya. Itulah bukti kecintaan seorang muslimah sejati itu terhadap Penciptanya. Kita seringkali patah hati, menangis malah hilang keyakinan hidup tatkala kekasih hati melukai hati kita. Kesatlah air matamu itu. Airmata berjurai itu adalah sia-sia jika kau menitiskan pada yang bukan haq. Carilah sakinah dan farhana dalam cinta Penciptamu. Kau akan ketemui cinta yang kasih yang didambakan. Kasih yang tidak akan melukakan. Berikan hatimu yang telah retak beribu itu kepada Penciptamu, pasti Dia akan cantumkan keretakkan itu dengan mahabbahNya. Tatkala cinta manusia itu membuatkan hatimu gusar, bimbang... cinta yang akan kau temui ini, tidak akan membuatkan dirimu gelisah, sebaliknya keredhaanNya akan menjadi alas kerinduanmu padaNya. Rindu pada alunan qalamullah, rindu pada munajat di seperti malam, dan rindu pada syurga yang dijanjikan. Lalu, pohonkan cinta insan yang mencintainya. Moga cinta insan itu akan menjadi pendorongmu, memudahkan laluan mujahadah. Auratmu itu bukan tontonan manusia yang tidak berhak ke atasnya. Aurat adalah satu tanda malumu masih mempunyai kehormatan. Jagalah kehormatan dan maruah auratmu itu. Kau mengetahui batasan auratmu. Kau mengetahui sealimnya siapa mahrammu. Malah kau juga tahu syaitan laknatullah sentiasa merisik ruang untuk mendekatimu. Tutuplah auratmu dengan jilbab bukan sekadar hijab dan satr. Perhatikan pakaianmu, perelokkanlah auratmu. Rambutmu itu hanya mahkota untuk suamimu. Seorang ratu tahu masa dan tika yang sesuai untuk memperagakan mahkotanya itu, hanya pada yang berhak sahaja. Lalu, tutuplah ia dengan hijab yang akan melindungi dirimu daripada panahan mata ghair mahram. Sedarilah bahawa perintah menutup aurat dan berhijab bukan untuk mengongkong dirimu tetapi ia bertujuan menjaga kehormatanmu, kesucian dan kemuliaan seorang wanita solehah. Lihatlah betapa Allah mengutamakan dirimu sehinggakan Dia memelihara dirimu sehalus mungkin. Jadi, wajarkah dirimu membayar dengan ketidaktaatanmu dan mengingkarinya.. Sungguh, dirimu adalah wanita yang zalim. Zalim terhadap dirimu sendiri... Ketahuilah, aurat dan kehormatanmu terlalu mulia untuk dizalimi. Sukakah jika dirimu bergelar penzalim? NurkasihNya sentiasa menerangi lorong kehidupanmu... bangunlah daripada kealpaan. Bukalah matamu, lihatlah keagunganNya pada dirimu. Diriku akan menjadi insan yang paling berbahagia, jika saudari muslimahku menjadi insan yang tahu menghargai pemberian kekasih sejatinya iaitu Allah SWT. Malah diriku akan menjadi gembira, jika ada saudari muslimahku yang membaca pena siberku ini lalu ia mengerti betapa diriku menyayangi saudari muslimahku sekalian. insyaAllah, diizinkanNya kita pasti akan berjumpa lagi... Doaku, moga dirimu dan diriku sentiada mentarbiyyahkan diri kita dengan jati diri wanita muslimah dengan murabbiyah, zahidah dan khadimah. Persiapkan dirimu wahai saudari muslimahku, kerana kau adalah bidadari cinta!

dipetik dari sebuah blog...syukran kepada penulis blog tersebut..maaf kerana berkongsi sedikit ilmu..

Kau Sahabat, Kekasih Dan Teman

Kau Sahabat, Kekasih Dan Teman

Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang

Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan

Telah aku jelajahi seluruh benua

Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beranika ragan dan rupa

Ada yang jujur dan ramai berpura-pura

Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku

Tapi ada waktu ku terkeliru

Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan

Kekasih yang menemani ke sana sini

Ku dambakan sahabat dan teman setia

Rela bersama suka dan duka

Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman

Hanya itu yang ku harapkan

Dalam susah dalam senang kita seiringan

Semoga ikatan berkekalan

lagu ni didendangkan oleh aishah.. semoga ianya menjadi renungan kita bersama

A NICE TIPS FOR US..

PERNAH TAK KORANG SUMER RASER RINDU YANG AMAT SANGAT PADA SESEORANG... KAT SINI ADER BEBERAPA TIPS YANG USEFUL..
• AL QURAN
- Banyakkan mengaji bila terasa rindu yang amat sangat pada sidia. apabila kita mengaji,fikiran kita akan terarah pada bacaan ayat suci al quran itu dan secara tidak lansung kita tidak lagi melayani perasaan yang menggila dalam hati tu.

• BERZIKIR
- "HASBUNALLAHUWANIKMALWAKIL"..
- zikir diatas elok diamalkan untuk mengelak dari stress..
- Sebab bila hati kita tak tenang,jiwa akan tertekan dan akhirnya membawa kepada stress.

• BERDOA
- Berdoalah ketika hati kita resah merindui seeorang.
- Ucapkan “Ya Allah,aku pulangkan kembali rindu yang membara dalam hatiku ini,Kau ambillah kembali kerana Kau lebih berhak dan Kau jua Maha mengetahui,hantarlah rinduku ini padanya jika benar jodoh kami dan telah kau takdirkan kami hidup bersama…biarlah dia jua merasai apa yang aku rasai.. Amin.

• BERDOA SELEPAS SOLAT
- Banyakkan berdoa selepas solat,minta Allah tunjukkan kepada kita dan pandu rasa cinta dan rindu yang menggila dalam jiwa kita saat itu.
- Jangan pernah putus asa minta pada Allah. Jika Allah makbulkan doa kita dengan cepat,itu bererti ALLAH SAYANG PADA KITA. JIKA Allah belum memakbulkan doa kita,itu bererti Allah hendak menguji kita tetapi jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu bererti Allah merangka sesuatu yang lebih baik untuk kita..
- Untuk itu…bersabarlah..

• SOLAT ISTIKHARAH DAN SOLAT HAJAT
- Jika kita sendiri tidak yakin dengan perasaan yang sedang kita alami,bangunlah ditengah malam,carilah Allah saat itu,pintalah petunjuk darinya.. semoga kita tidak hanyut dalam jurang cinta yang murah.
- Banyakkan buat solat hajat pinta agar dipercepatkan jodoh dengan sidia idaman kalbu..

SEMOGA BERJAYA DAN SEMOGA KITA SEMUA DITEMUKAN DENGAN ORANG YANG BETUL DAN BOLEH MEMIMPIN KITA DALAM HIDUP SERTA BOLEH MENGIMAMKAN KITA DALAM SOLAT…INSYAALLAH

AKU MENCINTAINYA KERANA ALLAH

YA ALLAH..
RINDUKU HANYA UNTUKMU
CINTAKU HANYA PADAMU
KASIHKU HANYA KERANAMU..
TETAPI YA ALLAH...
AKU HANYA MANUSIA BIASA
NALURIKU INGIN MENCINTAI DAN DICINTAI
INGIN MEMBELAI DAN DIBELAI
INGIN BERKASIH DAN MENGASIHI
YA ALLAH..
HATIKU DIKETUK DENGAN PERASAAN INI
AKU MENCINTAINYA KERANAMU YA RAHMAN
AKU MENGASIHINYA JUA KERANAMU YA RAHIM
AKU MENYAYANGINYA JUA KERANAMU YA ALLAH..
AKU INGIN MENCINTAI DIA YANG MENCINTAI DIRIMU
AKU INGIN MENCINTAI DIA YANG MERINDUI SYAHID DIJALANMU
YA ALLAH..
HEBATNYA RINDU YANG MENGGIGIT TANGKAI HATIKU
HEBATNYA KUASA CINTA YANG MELINGKARI BENAK JIWAKU
HEBATNYA KUASAMU MENGILHAMKAN AKU NIKMAT CINTA INI
YA ALLAH..
JAUHKAN AKU DARI CINTA MURAH DAN SIA-SIA
JAUHKAN JUA AKU DARI CINTA YANG AKAN MELUPAKAN AKU DAN MENJAUHKAN AKU DARIMU..
YA ALLAH..
SEBAGAI HAMBAMU,AKU MENCINTAI DIRINYA SEIKHLAS HATIKU..
AKU MENYAYANGI DIRINYA SETULUS JIWA SUCIKU..
RAHMATI CINTA INI YA ALLAH
BAJAI CINTA INI..
PANDULAH CINTA INI AGAR TIDAK TERSESAT DARI LANDASAN CINTAMU
YA ALLAH,JIKA TELAH KAU TAKDIRKAN BAHAWA DIA ADALAH JODOHKU,BINTANG DILANGIT HATIKU,TERBAIK UNTUK DIRIKU...SATUKAN KAMU DENGAN IJAB DAN KABUL DIBAWAH LEMBAYUNG RAHMATMU YA ALLAH..
YA ALLAH..CINTAKU INI URUSAN HATI DAN HATIKU INI URUSANMU..
ALHAMDULILLAH KAU TEMUKAN AKU DENGAN CINTA INI..

Monday, June 29, 2009

ku gagahkan kaki melangkah

Aku kini menempuhi satu lagi fasa baru dalam hidupku...berjauhan mengajar aku erti sebenar kesabaran. Berjauhan mengajar aku erti sebuah ketabahan. Berjauhan mendidik aku menjadi hamba Allah yang hebat jiwanya. Berjauhan mendidik aku untuk terus positifkan diri..

Aku teramat bersyukur dengan apa yang aku miliki saat ini... Ibu yang sentiasa menyokong jatuh dan bangun aku.. Ibu yang sentiasa mendoakan aku.. Ibu yang sering ku peluk tubuhnya apabila hatiku resah,gundah ditiup angin kesedihan..

Takdir Allah yang terindah..aku menarik diri dari MA aku...namun aku dapat lebih dari itu.. Menjadi PPU membuka mata hatiku.. Menemui satu lagi keajaiban ke lapan didunia,melontarkan aku dalam kehidupan yang penuh dengan warna pelangi. Kehadirannya mewarnai pelangi hidupku,menjadi bintang dilangit hatiku,mewarnai duniaku... Ya Allah,kesyukuran yang tak terhingga aku panjatkan kepadamu..

Kegembiraan datang dengan pakej yang lengkap. Bukan cinta namanya jika tiada air mata yang menemani lurah-lurah kehidupan.. Bukan kehidupan namanya jika tidak disertai sendu,tawa,riang dan pemergian..

Aku kini gagahkan kaki ku untuk terus melangkah anggun menghadapi hari-hari mendatangku dengan doa dan sejuta harapan.. Walau sesukar mana sekalipun,aku tetap takkan goyah.. Aku perlu terus tabah.. Jika telah tertulis di Luth Mahfudz untukku...maka tetaplah untukku..

BUAT RENUNGAN KITA

....boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui... surah alBaqarah ayat 216...