Wednesday, September 28, 2011

Aduhai anak melayu..

Assalamualaikum..
Entah mengapa dan dari mana mulanya aku bagai terpanggil untuk mengulas perihal anak-anak melayu masa kini. Anak IT kah mereka sehingga meninggalkan adab sopan ikutan ketimuran atau anak Merdekakah mereka sehingga lupa dan buat-buat lupa sejarah ketamadunan melayu yang perlu terus diagungkan.
Melihat kepada perangai yang menggeramkan pelajar-pelajar pada hari ini,mereka merasakan hiburan adalah nadi hidup,makanan segera adalah nafas hidup dan berpasangan adalah tunjang hidup.
Adakah salah ibu bapa mendidik atau kealpaan guru yang mengajar sehingga anak melayu kini bagai ketandusan nilai moral dan yang paling menyedihkan kehausan ilmu agama.
Apa yang akan anda lakukan sekiranya pelajar masuk kedalam kelas dan dengan selamba terus duduk sedangkan anda tercongok di hadapan.
Mungkin dek kerana sikap telah terbiasa dengan guru lain maka memang malanglah pelajar yang berani buat aku macam tu!!
Inikah bakal pemimpin kita pada masa hadapan?
jika beginilah gambarannya..sungguh aku tidak akan mengaku
bahawa aku pernah menjadi gurunya..
Wahai anak bangsa ku... ayuhlah
berubahlah demi masa depan agama,bangsa dan negaramu..
Usah terleka lagi
usah ralit dibuai mimpi disiang hari
usah terpesona dengan keseronokan dunia
usah suka berprasangka
usah hanya pandai menuding jari
usah hanya mengeluh sendiri..

Jangan...

JANGAN...
jangan suka mengata orang
nanti dosa tak tertanggung olehmu
JANGAN...
jangan suka membuka aib orang
nanti mereka membuka aibmu pula
JANGAN...
jangan kau suka melaga-lagakan anak cucumu
nanti kau jua yang terima padahnya
JANGAN...
jangan kau suka membuat cerita
nanti kau jua yang kan sengsara
JANGAN...
jangan kau bermegah-megah
akhirnya kau jua yang malu akhirnya
JANGAN..
jangan kau pandai bermuka-muka
akhirnya kau sendiri yang akan terluka

Kepada mereka mereka yang pernah melukakan hati insan lain....
insaflah.. kerana 
pabila hati kau dilukai pula baru kau tahu bagaimana rasanya..

Tuesday, September 27, 2011

Adakalanya...

Adakalanya...
Hati berbisik sendiri mengapa mesti aku....?
Adakalanya
Hati bertanya sendiri mengapa mesti dia....?
Adakalanya
Perasaan tercalar
Adakalanya
Hati menjadi nanar
Adakalanya
Jiwa bagai dihiris sembilu
Adakalanya
Terlalu sukar menerima segala yang berlaku
Adakalanya
Hati ini berbisik lagi
Adakalanya
Segalanya menjadi tanda tanya
Adakalanya
langkah menjadi goyah menanti rebah
Namun walau apa jua yang telah adan akan berlaku...
Moga Allah sentiasa melapangkan dadaku menerima Ujian hidup ini
Kerna aku tahu aku sedang diuji..

Saturday, September 17, 2011

Open House..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah setelah berpenat lelah dalam proses penyediaan open house 
dan setelah segalanya selesai,segala kelelahan beransur
pergi kerana kegembiraan berjumpa dengan 
rakan-rakan yang telah lama tidak bersua muka...

Mungkin kerana kali pertama,persediaan kami tidaklah 100% tetapi itu sebagai
peransang untuk berikan yang lebih baik pada masa2 akan datang
Insyaallah..

Menu of the day?
Lontong
Kuah kacang
Nasi lemak ayam perap istimewa
Sambal ikan bilis
special sardin roll
nugget + crab stick
dadih
cheese kek

Alhamdulillah...subhanallah
hanya itu yang terlafaz dibibir kerana menzahirkan segala yang telah dirancang
Segala pujian hanya untuk Allah s.w.t



Monday, September 12, 2011

 Entah mengapa
Hati ini terpaut
Bagai ada mengalir suatu rasa 
Ilham dari yang Maha Kuasa
untuk aku menilainya
agar hatiku tak kesesatan dalam menilai kasih sayang..

Oklah... jom kiter layan sekejap pusi indah dari wali buat mustika..
(..ntah mengapa aku menjadi fans "kitab cinta"..)


wali:
cintaku bagai ayat-ayat yg terpatri dalam helaian kitab
Surat dari Wali buat Mustika:

Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi duka cita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya, kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.

Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan menungguMu, Maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain.

Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.

Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap, dan bersujud. Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi..

Salam dari gembala rindu,
Wali