Thursday, February 23, 2012

DIA lebih tahu...

Assalamualaikum w.b.t

... Bila kita tak dapat sesuatu yang kita terlalu inginkan 
selalunya kita akan fikir..
"mengapa Allah tak makbulkan doa aku?"
"mengapa aku tak dapat apa yang aku nak?"
Namun pernah tak kita fikirkan
ada hikmah disebalik semua yang terjadi
tapi kita tak fikir pun macam tu
seolah-olah dunia ingin menghukum
kita hanyut dibawa hati yang pedih,kecewa sehingga
ada insan yang setia menyayangi kita turut berduka bersama
mengapa kita biarkan semua itu berlaku
kerna kita gagal memimpin hati dengan baik
kerna kita gagal membentuk peribadi dengan baik
kerna kita tak mencuba menjadi yang terbaik

Malam yang gelap gelita tak selamanya akan kelam
akan hadir siang membawa kebahgiaan
hujan yang lebat takkan membasahi hati tuk selamanya
akan hadir sang mentari membawa si pelangi
 
Jadikan semua yang berlaku sebagai sebahagian dari ujian
untuk menyedarkan kita
untuk memberi pengajaran buat kita
untuk meyakinkan kita
bahawa
Hanya Allah s.w.t yang tahu apa yang terbaik buat kita

...Bila hati redha dan ikhlas
hidup ini kan menjadi indah ...



Monday, February 20, 2012

Rasa yang tak terasa

Assalamualaikum w.b.t
Semoga kehadiran isnin yang baru ini membawa berjuta rahmat buat kita hambaNya yang lemah lagi mengharapkan keredhaanNya..

Entah bagaimana mulanya hati bagai terpanggil
untuk menitipkan rasa 
yang berpusar di hamparan jiwa

..Dulunya ego
sering mahukan kesempurnaan
sering merasakan terbaik
sering ingin bersaing
sering ingin berada dihadapan
sering mengikut kata hati
sering melihat dari mata
.
.
.
hingga terlupakan sesuatu

Syukur..
dalam mendidik manusia agar menjadi manusia
segalanya mula berubah
mata tak lagi menjadi penyuluh
hati tak lagi mengeluh
berada dibelakang bukan bererti tidak diperlu
kerna
ketidaksempurnaan itu perlu disyukuri 
kelebihan itu perlu dijagai
dek  ianya pinjaman sebentar masa

Mungkin ini sedikit cuma
lakaran dari hati
yang tak mampu ku terjemah semuanya
dalam kata-kata bisu
kerna aku cuma manusia biasa 

Monday, February 13, 2012

Tabah

Assalamualaikum...
Errmmm entry kali ni nak mencoret dan mengomel serta mengulas sedikit pasal satu perkataan iaitu "ketabahan".
Tentu saja anda semua telah terlalu hadam dengan perkataan ini.
Walau telah dihuraikan,diteliti,direnung-renung,dihadam,serta dicerna dengan sempurna namun sehingga ke saat ini aku masih merasakan ketabahan terlalu sukar untuk memilikinya.
  Manakan tidak,apabila berhadapan dengan sesuatu,perasaan aku mudah goyah,hati aku mudah tercalar.
Ya.. Barangkali aku sendiri yang tak tahu mengawal emosi
atau aku membiarkan emosi menguasai diri
hingga gagal menjelmakan ketabahan dalam diri
atau aku sendiri yang terlalu takut menghadapi
hingga ketabahan beransur pergi kerna terlalu sukar untuk menemani
jiwa yang tak punya hati yang berani

Adakala ketika melewati lembaran kertas berita
pelbagai cerita direncanakan buat tatapan sang pembeli berita
maka sesuatu melewati hatiku..
Ya Allah
'sudah pasti dia ini orang yang tabah,jika tidak
mana mungkin Allah ujinya dengan ujian yang tak tertanggung olehnya'

Tika sendiri menemani hati
aku membawa fikir mengenang kembali
mana mungkin umat kini tak punya ketabahan
kerna Rasul junjungan kita punya ketabahan
bukankah kita ini umatnya ?
bukankah kita ini warisnya ?
bukankah kita ini pengikutnya ?
bukankah kita ini umat yang disebutnya lewat izrail mengambil nyawanya ?
Oh aku tak kan membiarkan diriku
membiarkan aku tenggelam tanpa ketabahan
bukankah aku cinta dia
cintaku melebihi cinta segalanya
dia punya ketabahan
walau dibaling dengan batu
walau dilempar dengan najis
walau diludah dimaki dihina
walau bapa saudaranya ingin membunuhnya
walau dia dikatakan penipu
walau dia dikatakan ahli sihir
Dia tetap tabah
lantas aku jua perlu begitu
kerna aku cinta padanya
kerna aku kasih padanya
kerna dia
kerna dia Rasul Junjunganku.

Thursday, February 9, 2012

My 3 budak bucuk

Tam - tam
Dia ni kalu bab tido serah kat dia
macam-macam pesen tido dia buat termasuk tido dalam kotak yang sempit
Paling susah nak dengar suara dia..
bak kata adik aku.."atam ni bisu kot!"
Dia akan menyapa sesaper yang slalu2 datang umah contohnya kakak aku
kalau aku,memang tak lah.. ntahlah tak tahu kenape..
kalau dia nak makan pun dia tak mintak
tak macam Omel dengan garfield..
kalau nak makan,suara budak ber2 ni yang riuh skali
tapi atam releks jerk..dia perhati ajer..
yang paling dia suka,dtg menyempit tido kat aku..
dia tak suka didukung..agaknya takut tak macho kot hehehe

Yang ni plak Omel 
Yang paling comel skali...paling bulat gak
buktinya..tengok perut hehe
Omel ni bila didukung..mulalah melembikkan badan dia macam sotong
bila gosok jer hidung dia,bley terus lelap
Tapi omel ni kalu bergurau ganas sket,sebab tu garfield tak nak main ngan omel
bila omel main ngan garfield,tak lama pastu menjeritlah garfield sakit..


Yang si kecik ni nama dier garfield..
Paling kecik,paling ringan..
pantang tengok aku duduk releks kat kerusi
mulalah dier naik atas peha..
kalu aku baring,dier naik atas badan..
2 minggu lepas pegi cucuk kat klinik, garfield menyorok kat celah ketiak aku
siap tak nak turun dari kereta lagi tu..
tergelak doktor tu tengok!!
Aku memang dah ready bawak susu dia..
dah sampai klinik,lansung tak nak
padahal kat umah tadi dia yang beria mintak..
dia ni kena bagi susu skit sebab tak berapa nak makan whiskas
tak macam tam-tam ngan omel..
kalu bagi whiskas sepinggan pun bley abih depa berdua kerjakan

Inilah kisah 3 budak bucuk aku...
penghibur aku kat umah
dah berbelas tahun tak bela kucing...
hmm..

Wednesday, February 1, 2012

Aku suka !

Assalamualaikum w.b.t

Ehem.. kali nih nak story sket pasal satu lagi hobi aku iaitu
membela binatang peliharaan
Kemungkinan besar hobi ni diwarisi dari gemulah abah aku
yang memang teramat suka bela binatang.
Dulu masa aku sekitar darjah 3 /4 aku dok sibuk suruh ayah aku beli anak harimau !
sebab aku raser anak harimau comey ler sesangat!
Abah aku suka bela ikan yang sekarang nih aku yang warisi.
Selain dari kolam ikan aku yang tak besar mana kat luar tu menempatkan 
6 ekor ikan puyu dan 5 ekor ikan sembilang, ikan masai pemberian arwah atok kundur 
(dah mati,sebab takder kawan kot!)
aku ader gak bela ikan puyu dalam rumah,sajer sebab suka tengok hari2.
Ikan ni masuk tahun nih umur dia 3thn dalam jagaan aku selain akan dikerumuni
oleh anak buah aku bila my 3 little princess balik kampung...ish ish ish
Errmm Arwah atok kundur ader gak bagi kat aku sepasang ayam belanda
punyalah manja... tapi sayang baru setahun aku jaga,yang betina mati kena makan musang kot
bak kata mak akulah..
Yang jantan.. nama timangan 'Keloq' plak mati sakit tua..
(gara-gara aku yang berdegil tak nak sembelih..siap bagi syarat,kalu sembelih jugak,aku tak kan makan daging dier)
Ni lah gambar si keloq masa dia kuat dan bertenaga


Sekarang si 'keloq' hanya tinggal memori.. 
'Keloq' mati disember 2009..
Masa umur aku 10 tahun,aku mula bela kucing yang akhinya seekor demi seekor mati disebabkan tua.. 
Masa tu ada 3 ekor, tompok (mak),dan anaknyer sayang dan putih.
Putih mati masa aku tingkatan 4.. Malu betul aku  bila cikgu aku dapat tahu aku nangis sakan
sebab putih mati,jadi one day cikgu aku ajak datang rumah,ingatkan aper..
rupanya suruh pilih mana2 ajer kucing kat rumah dia untuk aku bawak balik!
Tapi aku tak ambik seekor pun sebab..
aku teringat mimpi yang aku alami beberapa hari sebelum putih mati..
Dalam mimpi aku tu ader satu suara cakap kat aku,walau aper terjadi,dia tetap akan ambil kucing aku! 
2 thn lepas putih,tompok pulak menyusul kemudian diikuti oleh sayang yang mati pada tahun 2001.
Aku nangis 3 hari..siap tak nak makan lagi !hehe maalunyer bila teringat balik
Alkisahnya sayang memang dah sakit tua masa tu,ader satu pagi tu aku pelik mak
aku atau sesaper pun tak kejutkan aku bangun..
perkara pertama aku buat bila bangun,tengok sayang yang memang dah sakit masa tu
rupanya dier dah mati.. mak aku plak siap suruh adik aku stanby belakang aku 
takut aku pengsan..(adik aku bagitau)
Bila dah 3 hari tengok aku tido,nangis,termenung jer
abah aku pujuk..
abah cakap "tu baru kucing,belum mak atau abah mati lagi"
pastu teruslah aku tersedar...life must go on..huhuhu
nanti aku upload gmbr si sayang ni..(sbb kene scan dulu)..

Sekarang dah bertahun tahun berlalu muncullah kucing semula dalam hidup aku..

oklah nanti aku continue story pasal Tam-tam,Omel,garfield,tompok & perang..