KARYA

SECEBIS RASA HATI..

Adakalanya hidup ini berlalu dengan penuh keindahan cuma aku yang membutakan mataku untuk melihatnya dari pelbagai sudut. Mungkin kerana apabila melihat sesuatu itu dari pelbagai sudut,aku bimbang hati aku akan terluka dengan hakikat yang sebenar. Adakah aku terlalu bersikap protektif dalam menjaga hatiku sehingga adakalanya aku menolak untuk memandang dengan mata hatiku? Sesuatu telah menyedarkan aku bahawa bila kita kehilangan sesuatu yang terlalu kita sayangi,itu bermakna kita akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik,insyaallah. Oleh itu ayuh,yakinlah dengan janji Allah,semua yang berlaku ada hikmah yang terindah tersembunyi disebaliknya.

Dan kini apabila aku merenung-renung segala yang telah aku lalui sehingga ke detik ini,tak terhingga pujiku kepada yang maha Esa kerana laluanku ini telah banyak mendewasakan aku dalam menjadi hamba kepada yang Khalik. Aku mula sedar bahawa kesabaran adalah tunjang utama dalam melalui hari-hari yang penuh dugaan dan ujian.Hmmm cabaran yang diberikan kepada aku membuatkan aku semakin berani melangkah walaupun kedengaran unggas bebas berbunyi. Aku kini semakin pasti langkah yang telah aku mulakan dengan penuh kepayahan dan ketekalan. Ya Allah besarnya rahmatMu yang terhitung olehku.

Kadang-kadang aku bertanya pada diriku sendiri,terlalu sukarkah kau menerima kenyataan? Tidak, bahkan kerana kenyataanlah aku berani melangkah kehadapan tetapi mengapa adakalanya aku bagai kalah dengan perasaan aku sendiri? Ahh taklah... atau adakah kau terlalu mencari kesempurnaan? Tidak juga,bahkan aku menerima kekurangan itu dengan penuh keredhaan apatah lagi kelebihan itu sesuatu yang wajib aku syukuri.. Namun mengapa terlalu banyak yang kau pertikaikan jika hadir sang ikhwan yang cuba menawan perasaan? Tidakkah itu sudah cukup bagi membuktikan kau mendambakan kesempurnaan? “Bukankah aku berhak dalam menentukan yang terbaik buat aku?” Sesuai dengan sabda nabi,hati yang baik akan tenang pada kebaikan tetapi gementar pada kemungkaran. Maka aku menginginkan bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah..errrmm “apa terlalu mahalkah keinginan aku ini?”