Friday, April 22, 2011

Kak long nangis....

Salam penuh kebahagiaan buat semua!!

Kali ni nak story mory sket pasal my 3 little princess yang kene tinggal ngan mak dia @ kakak aku pasal pi kursus 4 hari so kene tinggal ngan abah diaoranglah jawabnyer!!

Nak jadi cerita,satu malam tu abah diaorang ni gatai mulut pi tanyer kat my 3 little princess ni :
Abah : "best tak tinggal ngan abah?"
Kak Long + Kak ngah : "......hanya senyap sambil teringat kat mak!!"
Adik : "tak best lansung!!"

Suasana hening seketika sambil abah eh yang tak nak kalah terus tanya lagi :
Abah : ..."adik,naper tak best plak dok ngan abah ni?"
Adik : "ntah....tapi memang tak best dok ngan abah"

Hehe baru tau!!!
Tulah perangai si adik @ syakila comei!! Memang akan cakap jer aper yang terlintas kat kepala dier...
Biler pulak kak long nangis nyer?
Hahaha petang nak eh berangkat jer my 3 little princess nih dah menangis sakan sebab hanya tinggal tiga beradik...abah eh plak kene fly... aku yang jauh kat sini plak yang terasa kesyahduannyer.. Almaklum my 3 little princess tak pernah kene tinggal ngan mak eh lamer2... Haa...baru tau... Tu jer Ayat aku maser interview kak long dalam talifon..

Aduhai rindu bangat plak aku kat my 3 little princess nih... tak sabar nak tunggu cuti sekolah end of next month...
Ok lah sampai disini sahaja entry buat kali ini.
Semoga jumaat yang berbahagia ini membawa sejuta rahmat buat kita...

Wednesday, April 20, 2011

Cara-cara Hilangkan stress Versi aku..

Salam penuh kebahagian buat semua...

Hmm diam tak diam sekarang kita berada di bulan keempat tahun 2011 dimana semakin banyak sejarah telah dilakar dan bakal dilakar. Dalam pada itu semakin berkejaran dan berlarianlah manusia ciptaan Maha Pencipta dalam mengejar arus pembangunan. Ada diantaranya menjadikan Islam sebagai tunjang tak kurang juga yang menjadikan diri mereka sahabat si Azazil.

lazimnya seorang manusia yang rancak mengejar kejayaan dan dalam mengorak langkah mengatur kehidupan akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan sesuai dengan firman "..
maka kita tidak akan lepas dari sesuatu yang dipanggil "stress"..

Stress boleh didefinisikan sebagai istilah payung yang merangkumi tekanan, beban, konflik,keletihan,ketegangan,panik,perasaan gemuruh,anxiety,kemurungan dan hilang daya.Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.

Disini aku nak share sikit macam mana aku meredakan stress atau lebih tepat lagi tekanan versi aku sendiri yang mana aku mempraktikkanya dan ternyata berkesan untuk aku!!

1. Biler stress aku akan menyumbat telinga aku dengan halwa muzik yang aku suka...lagu-lagu feberet akan menjadi pilihan aku (ini sangat praktikal apabila ada sekumpulan guru yang duduk kt belakang meja aku sedang menganyam ketupat dengan rancaknyer...allo mak cik sudah-sudahlah tu mengumpat!!)
2. Biler otak aku stress maka aku akan mencapai buku untuk aku alihkan fikiran aku.. part yang ni best sebab kadang-kadang aku tak sedar aku dah mengadap buku tu selama sejam... Dan aku adalah antara individu yang akan membawa walau satu buku jika pergi bercuti kerana beg pakaian aku takkan lengkap tanpa buku. Tak kiralah samada sempat atau tak aku baca tapi bawa mesti bawa..

3. Biler stress adakalanya aku akan memandu dengan laju untuk melepaskan kemarahan. Ok yang ni memang amatlah tak elok untuk diamalkan tetapi pada akulah biler memandu,segalanya bebanan di benak fikiran akan beransur hilang... Senang cakap memandu adalah satu terapi buat aku... hehe

4. Cara terbaik untuk hilangkan stress ialah capai Al-Quran dan baca....

5. Lagi satu cara yang teramat selalu aku amalkan ialah "tidur" kerana apabila aku tidur,segala yang bersarang difikiran aku akan hilang,walaupun hanya untuk seketika namun ia akan memberikan aku masa dan cara untuk menyelesaikannya...

Ader bermacam kaedah yang dipraktikkan oleh setiap individu dalam menangangani stres. Samada stres di tempat kerja,di rumah, di sekolah dan sebagainya. yang paling penting cara kita menanganinya kerana silap haribulan...bley jadi giler...

Oleh kerana stress juga menyebabkan jiwa dan hati seseorang memberontak maka secara tidak lansung boleh menjadikan seseorang itu pemarah. Sabda Rasulullah S.A.W bahawa "Bukanlah orang yang kuat itu dengan bertinju sebaliknya kekuatan yang sebenar adalah dapat mengawal diri ketika marah"
Oklah sampai disini sahaja entry buat kali ini.... Semoga anda semua berbahagia selalu.. Jangan stres ok !!! Anggap semua itu ujian dan dugaan dari yang Maha Esa..

Tuesday, April 19, 2011

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang ALLAH turunkan kepada Jibrail..

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap matapun sejak BISMILLAH di turunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora,mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid,maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari
19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..
...dipetik dari email... buat renungan kita bersama...

Mana dapur ??

Salam penuh kebahagiaan buat semua...

Entry kali ni nak tulis-tulis kosong jer pasal dapur rumah aku yang tengah rancak dijalankan kerja-kerja pengubahsuaian semula setelah 12 tahun tiada ubah suai dibuat...setelah 10 tahun atok mail kembali ke Rahmatullah kerana dialah tukang rumah terbaik abah aku ditambah lagi abah adalah arkitek hebat kerana rumah ni ikut kreativiti hasil paduan abah+atok mail.... menarik kerana pertembungan budaya melayu+cina. (atok mail asalnya chinese berkahwin dengan wanita melayu)

Maka kerana kreativiti insan-insan teristimewa itu...banyaklah tempat tersembunyi yang memang tak akan dijangka oleh sesiapa pun... dan tempat itu teramatlah berguna sekarang..kenapa aku kata teramat berguna? kerana hanya aku yang tahu... hehe

Macam ni,penghujung tahun lepas aku seisi rumah ni diganggu oleh makhluk...jap2 aku nak doakan makhluk ni panjang umur,tak mati2 sampai satu ketika dia berdoa supaya dimatikan...

makhluk nih dah gunting pagar rumah aku...dalam usaha nak masuk kedalam rumah. Alhamdulillah rumah yang dipagari ayat2 Allah akan selamat,Insyaallah maka makhluk nih hanya berjaya membuka tingkap,menghulurkan tangan dan berjaya merembat lebih 3 pasang kasut yang belum dipakai (termasuk primavera biru aku) serta 4 kasut yang telah dipakai... tak guna kan orang macam nih... makhluk ni juga telah mengambil sepasang besi pengupas kelapa yang ditempah khas dan aku menjangkakan jika makhluk tu nak umpil mana2 pintu atau tingkap rumah orang teramatlah mudah dengan adanya besi padu itu..

Sesuatu yang tidak dijangka,rupa-rupanya makhluk ini yang aku jangkakan berjumlah 2-3 orang telah membuat pondok kecil disebelah rumah...ini kerana sebelah kanan rumah aku nih kawasan hutan yang dulu asalnya rumah tetapi dah habis suku sakat tuan rumah dah meninggal dunia... pondok itu dibuat untuk memerhatikan gerak geri kami sekeluarga... selepas kejadian itu,aku menjadi tersangat trauma.. dan seriusly sehingga ke saat ini aku tidur dengan bertemankan sesuatu sebagai pertahanan diri..

Maka agak kecohlah kawasan kejiranan aku buat seketika pada waktu tu tambahan polis acapkali keluar masuk menyiasat... aduhai aku pun berjaya menghabiskan masa beberapa jam di balai polis....itulah kisah penghujung tahun lepas..

Benarlah setiap sesuatu yang berlaku itu pasti tersembunyi hikmah yang tak ternilai. ekoran kejadian pagar rumah digunting,aku berguru..chewahhh dengan seorang ustaz merangkap anak murid abah aku dan bermula dari situ banyak ilmu yang tak ternilai harganya dapat aku pelajari walaupun hanya sedikit..

Oleh kerana kerja2 pengubahsuaian baru bermula semalam maka semalam jua aku memaklumkan kepada bilik gerakan polis untuk membuat rondaan di kawasan rumah aku...

Kepada polis2 yang sedia berkhidmat,terima kasih banyak2 diatas layanan baik yang kami sekaluarga terima... Sikap ambil berat sarjan Halim dan anggota memang aku pujilah... hehe harap berterusanlah..

Dapur??? alamatnya tak yah masaklah untuk 2 minggu nih.... hehe iyolah tu...
(yang ni dapur impian jer..)

Hmmm tak sabar nak dapat dapur baru...ikut citarasa aku kerana aku yang control dapur kat rumah nih... Biler time cuti sekolah,hanya aku dengan mak aku jer yang akan memasak sebab aku rimaslah ramai2 kat dapur...selalunya mereka hanya akan jadi penonton.. maka time cuti sekolah lah masa terbaik aku mencuba resepi terbaru aku...

Pesta buka PWTC dah nak start next week dan aku sedang merangka-rangka biler nak pergi. Last year nak pergi ikut PSS tak dapat...(tak bley tinggalkan kelas)..
Jom kiter pegi ramai2... bangsa membaca bangsa berjaya!!..

(bilerlah akan terlaksana impian library mini aku nih...) takder ruang nak buat sebenarnya..

Oklah... sekian entry untuk kali nih.. sambil pening kerana nak menyiapkan profil aku yang lengkap...maka segala tugas beberapa tahun lepas aku himpunkan...

Friday, April 8, 2011

Bicara Hati (III)

Jika tidak kerana agama yang dipegang oleh kau dan aku,pasti telah ku lentokkan sisi manjaku didadamu agar dapat kau tebak apa yang bergelora didalam jiwaku saat itu. Jika tidak kerana larangan sunnah junjungan yang menjadi ikutan kau dan aku,pasti telah ku genggam jari jemarimu agar dapat ku hangatkan jari sejuk dan kakumu itu. Jika tidak kerana didikan ibu abi ku bahawa kau bukan mahramku,pasti telah ku dakap tubuhmu penuh kasih agar dapat aku menemanimu saban waktu. Jika tidak kerana pegangan dan prinsip hidupku bahawa kau belum halal buatku,pasti telah ku usap rambutmu agar dapat aku bajai semula cintaku yang telah hilang. Jika tidak...arggh jika apa lagi alasan harus ku cari agar aku menjadi yang halal buatmu saat ini agar semuanya dapat menjadi realiti.

“lupakan aku kerana aku telah belajar melupakanmu” aku sedikit berbisik kepadanya. “aku tak mahu lagi mengimbau kisah lama dan aku tak mahu terus dihantui cinta yang lara” suaraku sedikit serak menandakan aku menahan rasa sekuat yang mungkin. “aku relakan pemergianmu dari hatiku,aku relakan pemergianmu dari jiwaku,aku relakan pemergianmu dari hidupku” “Hargailah dia kurniaan Illahi buatmu kerna hadirnya dia kau menjadi sang suami,kerna hadirnya dia kau menjadi raja dihatinya”.

Aku berdiri lemah sambil pandanganku masih tertumpu pada wajahnya. “izinkan aku pergi” kata-kata itu terlontar jua dari bibirku setelah sekian lama aku memendamnya. Aku menarik helaan nafas yang panjang walaupun tersekat direngkungan dan melepaskan segala lelah yang bersarang di pundak hatiku. Kau bukan lagi putera dihatiku. Ku hayun langkah meninggalkan katil yang menemanimu. Tanpa menoleh lagi,ku tarik daun pintu dengan harapan kisah kau dan aku terhenti seiring dengan kehendakku. Hanya sebuah senyuman yang mampu aku berbicara. Langkah ku hayun dengan harapan semoga Allah merahmatimu.

Saat berpapasan dengan seseorang,sayup aku terdengar isterimu memanggil doktor,namun langkah kakiku seakan terlalu sukar untuk berhenti. Melangkah,melangkah,melangkah dan terus melangkah. Tak berapa lama selepas itu,aku terdengar sesuatu dari beg tanganku,”Izham telah sedar” pesanan ringkas dari isterimu....

Dihujung laluan wad Irham senyum bergula menyambutku. Dan kini hatiku benar-benar pasti dia yang terbaik untukku....

Sekian... hehehe tamatlah cerpen bicara hati ini.... Semoga anda terhibur!!

Oklah,sekian entry kali ini.Semoga anda berbahagia selalu...

Wednesday, April 6, 2011

DOA YANG KITA LUPAKAN SEMASA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Dalam tidak sedar kita selalu mengabaikan setiap makna perkataan yang keluar dari bibir kita apabila kita menghadap yang Maha Esa dan sedar-sedar ajer dah habis solat dan terus berdoa. Itupun kalau sempat berdoa sebab ramai antara kita mengabaikan doa selepas solat.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati setiap yang dilafazkan ketika kita duduk di antara dua sujud semasa dalam solat.

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

RABBIGHFIRLI..... (Tuhanku, ampuni aku)

Berdiam diri sejenak,

Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah dan berserah segala-galanya hanya kepada Allah SWT.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

WARHAMNI.... (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..

WAJBURNII... (tutuplah aib-aibku)

WARFA'NII... (angkatlah darjatku)

WARZUQNII... (berilah aku rezeki)

WAHDINII... (berilah aku petunjuk)

WA'AAFINII... (sihatkan aku)

WA'FUANNII... (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja.. Sebuah doa yang mana kita sebut selaju mungkin kerana mengejar kerja..dan urusan dunia

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

..Entry kali ini dipetik sedikit dari sumber yang pernah aku baca satu ketika dan diterbitkan dan di edit di blog ini sekadar berkongsi ilmu dan semoga kita semua mendapat manfaatnya..
Oklah.. sekian sahaja entry buat kali ini dan semoga selamat berbahagia buat anda semua...!!

Tuesday, April 5, 2011

Perempuan vs Lelaki

Salam penuh kebahagian buat anda semua..

Ok entry kali ni nak ngomel sikit tentang perihal wanita yang lelaki tak boleh buat dan jangan degil2 nak buat jugak!! Sebagai mukadimahnya... lelaki,semua orang tahukan dan sedia maklum,mereka diciptakan sebagai imam yang mana perlu memimpin berlandaskan syariat islam. Untuk anda diluar sana yang masih mencari-cari calon suami ideal anda.. renung-renungkan kata-kata Imam Nawawi ini "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."



Walau bagaimanapun,masih ader lagi perkara yang seorang lelaki 'ngak bisa' lakukan... tetapi perempuan boleh ajer..


Ok berikut disenaraikan serba sedikit aper yang lelaki tak boleh buat tetapi perempuan boleh !!

1. Perempuan boleh pegang tangan sambil melintas jalan tetapi lelaki ? Haa cubalah pegang tangan sesama lelaki semasa melintas jalan lepas ni... :)

2. Perempuan boleh menangis bila-bila masa dan ketika sambil lentokkan bahu kat kawan baik.. tetapi lelaki ? tak ke haru tetiba anda ternampak rakan sepejabat anda yang lelaki tengah nangis sambil pegang tisu then sandarkan kepala kat bahu kawan yang sorang lagi.... nge nge ngeee..

3. Perempuan boleh pakai barang kemas dan sutera... lelaki? haa sila rujuk al Quran dan hadis ye !!

4. Perempuan boleh pakai skirt tetapi lelaki ? Opps nak betulkan kat sini,pakai skirt yang labuh dan tak menampakkan aurat ye ukhti ku..


5. Perempuan yang paling penting boleh mengandung dan bersalin tetapi lelaki ? Hehe tu sebab syurga dibawah telapak kaki ibu...

6. Perempuan boleh pakai handbag dan kasut tumit tinggi serta banyak lagi... lelaki ? Cubalah pakai pergi pejabat pasni..sure ramai yang senyum kambing kat anda!!

7. Perempuan boleh pakai baju kelawar... lelaki? Hek he he teringin gak nak tengok lelaki pakai!!

8. Perempuan boleh buat kerja 4 dalam satu...contohnyer sambil memasak tengok tv,sambil cakap kat talifon sambil suruh anak basuh tangan bersih2... hehe superwomen kan..

9. Perempuan dikecualikan untuk bersolat 7 hari sebulan... lelaki? WAjib tau jangan tingal..

Walau sejauh mana pun perbezaan diantara lelaki dan wanita... keduanya saling perlu memerlukan. Keduanya dicipta untuk saling lengkap melengkapkan.

Lelaki... perempuan perlulah saling hormat menghormati,yang penting mengamalkan cara hidup berlandaskan syariat islam...

Walau ape pun,yang penting bersyukurlah dengan setiap nikmat yang Allah SWT pinjamkan buat kita. Jika dilahirkan sebagai seorang perempuan,maka wajib anda syukurinya dan jangan sesekali keluhinya..begitu juga sebaliknya.

Oklah sekian sahaja entry buat kali ini. Semoga anda berada didalam limpahan rahmat Allah selalu dan selamat berbahagia..!!