Thursday, March 22, 2012

SPM....Nak guna sampai bila-bila

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara
Moga kita sentiasa berada didalam limpahan rahmahNya..
 
Hmm keputusan spm untuk tahun 2011 telahpun diumumkan
kira-kiranya mudah saja
sebanyak mana seseorang pelajar itu usahakan
diiringi doa ibu bapa dan kerja keras guru
sebanyak itulah yang akan dia perolehi
formulanya?

USAHA + DOA + TAWAKAL

Jadi kepada yang berjaya,Tahniah...Alhamdulillah
nanti jangan plak anda keluarkan statement tidak berakal
"kejayaan ni hasil usaha saya"
cepatnya anda lupa dengan jasa ibu bapa,jasa guru2...kawan2..
Bila dah berjaya..usaha anda sendiri rupanya

Bukan senang tau nak melaksanakan pelbagai program yang dirangka
oleh pihak sekolah dalam memastikan pelajar tingkatan 5
dapat mencatat keputusan yang cemerlang.
Tambahan pula yang diajar bukanlah subjek favourite..
Banyak yang para guru korbankan..
masa,tenaga,emosi dan banyak lagi

Aku tertarik dengan statement yang dikeluarkan oleh pelajar cemerlang SPM dari terengganu semalam
"jangan suka cakap yang buruk2 pasal cikgu sebab dia adalah guru yang memberi ilmu kepada kita"
Hmm memang betulpun dan aku dah tengok sendiri
pelajar2 aku yang kategori macam tu memang tak kemanapun result SPM nyer
Teruk...akhirnya malu sendiri nak jumpa dengan cikgu2 yang selalu mereka jadikan bahan..

Kepada yang nak ambil SPM tu..muhasabah diri
berubahlah demi kebaikan anda juga

Kepada yang tidak berjaya mencatat keputusan cemerlang
ini bukan penamatnya malah permulaan untuk anda terus mengorak langkah !

Oklah...moga ketemu lagi yer !!

Wednesday, March 21, 2012

Sanggar ilmu

Assalamualaikum w.b.t

pikir punya pikir punya pikir..
nak share dgn korang sumer pasal mini library aku
yang aku namakan "SANGGAR ILMU"
hehe nama ni terilham dari si ain,cikgu BM kat sek @ bestpren sbb meja dia dpn jerk meja aku
Nak kata banyak,taklah banyak maner pun koleksi buku dalam sanggal imu nih
tapi aku skrg berkira-kira nak menambah rak buku
kerana kebanyakan buku dah tak muat nak disusun di rak
jadi terpaksa baringkan dan main masuk2 kat maner boleh jer

alahai pesta buku kat PWTC bulan depan jer lagi nih..
Hmmm..maser nak menambah dah tiba!

oklah meh kiter cuci mata jap round2 tgk sanggar ilmu aku
kalu berkesempatan meh arr dtg kerumah ku heheh

lagi satu,majalah2 kat umah sejak dari tahun 80an
tak muat nak disusun kat sanggar ilmu nih,jadi
aku dah tempah tempat meletak majalah yang aku. 
Oleh kerana aku memiliki dalam 500 keping majalah pelbagai jenis
jadi rak tu pun sudah tidak dapat menampung lagi..
huhuhu kesian aku tengok rak tu..terlalu padat dan sendat dah skrg..

oklah..yang ni pemandangan hadapan sanggar ilmu





nampak tak bantal..mak aku jahit sendiri tu..
untuk keselesaan pembaca..sambil membaca boleh rebahkan badan tapi jangan nak tido plak ye
masa cuti sekolah lah aku paling suka tengok anak2 buah aku habiskan masa kat sanggar ilmu aku nih



Yang ni plak antara buku yang menghuni rak redspot aku.
Buku yang paling aku suka...?
buku2 karya Faisal Tehrani la jawabnyer.
 


 Koleksi novel baru dan lama
buat masa sekarang membaca novel adalah benda terakhir akan aku lakukan
entahlah sejak dua menjak nih aku makin memilih novel
dah tak minat dengan novel yang meleret ntah ape dan takder nilai
Tapi novel yang aku sayang
mestilah karya Ramli Awang Murshid..alah ceriter sekuel yang sampai 5 novel tu
Bagaikan Puteri,Cinta sufi ...heronyer Laksamana Sunan
lelaki berduka dari Tanah Rencong..perrkkh best giler novel tu..
tak cayer,korang bacer dulu dari novel pertama sampai ke5


Sanggar ilmu turut dilengkapi kerusi dan meja bagi memudahkan pengunjungnya mengulangkaji pelajaran.
 

Oklah... sekian dulu...

Monday, March 19, 2012

politik oh politik

Assalamualaikum w.b.t
salam isnin yang penuh pengharapan
salam pembukaan yang penuh keinginan
moga dilimpahi rahmat yang Maha Esa
moga kesyukuran bertakhta kukuh didasar hati

politik oh politik
sana sini situ sinun
politik memainkan peranannya yang tersendiri
suka atau tidak ianya realiti sebuah kehidupan
aku ? berpolitik ?...

tapi bila melihat politik kampung
aduh naik pening kepala aku
mana tidaknya
ketua wanita dengan kegemarannya
mengagihkan peruntukan sesama ahli keluarga
dibantu teguh sang 'ustazah pilihan'
tup tup peruntukan iks melekap indah memenuhi kediaman

politik kampung?
bila diadakan mesyuarat
memilih wakil ke mesyuarat agung
sang 'ustazah pilihan' mempunyai agenda
hanya memilih sekutu ikutan
siapa menurut siapa pak turut 
hanya dia kan jadi pilihan
nah ini dia politik jamban
politik kotor yang jadi pilihan
hanya mengundang kebencian
 kami golongan yang hanya mempu memandang
dengan harapan
 disuatu hari kau,kau dan kau pasti kan kecundang
kerna waktumu mungkin telah kesuntukan
...

insaflah..
jika amanah yang kau pikul kau hancurkan
maka azab Allah menantimu
bukankah kita telah dikhabarkan
yang berat itu menerima amanah

Bukankah kita telah diajarkan
contohi Rasulullah SAW dalam semua perkara
pasti kita tak kesesatan..

Monday, March 5, 2012

Tak payahlah sombong !!

Assalamualaikum w.b.t

Masa bersedar terlalu pantas sejajar dengan perkembangan dan pertambahan usia. Dalam kehidupan yang mengejar kemodenan,manusia berlumba-lumba untuk memajukan diri.
Namun pun begitu masih ada lagi insan-insan yang cepat lupa diri.
Walaupun dibesarkan dengan suasana kampung,
tetapi setelah berjaya menjejakkan kaki ke bandar besar,malu rasanya nak bergaul mesra dengan penduduk kampung. Mengapa agaknya masih ada insan-insan yang sebegini?
Nak kata tak kenal...
dulu masa kecik2 sama2 redah sungai pegi mengaji kat masjid.
Nak kata tak kenal...
dulu masa kecik2 sama2 main rounders kat halaman rumah wan Ipah
Nak kata tak kenal...
dulu masa kecik2 sama2 naik basikal ronda2 satu kampung
Tapi bila dah menginjak dewasa..
nak pandang muka pun payah apatah lagi nak melemparkan senyuman
bila ditegur,pandang kita macam tak kenal jer
bila ditanya pada teman2 yang lain..jawapan mereka :
"huh dia tu memang poyo!..apa yang dia nak berlagak sangat tak tahulah"
dialog warga tua pulak :
"sombong botul anak si __ tu..bosar na ko kojo eh?"
" Tak payahlah nak menyombong...dio kojo tu pun si usop yang tolong!"
haa... kan dah kene sound..
pelik betullah aku rasa
nak kata keje besar..macamlah kitorang tak tahu dia dapat kejer tu guna "kabel"
ooo patutlah..
kitorang  dok kat kampung ajer..tak kejer kat bandar besar pun
tak pakai kete import pun
kalu diikutkan rasa,malas giler nak ke majlis kahwin budak sombong nih
tapi bila kami memikirkan mak ayah dia yang memang baik sangat
jadi buanglah rasa menyampah tu..
yang penting hadirkan diri
tak payahlah nak tengok pengantin
nanti si pengantin buat reaksi tak kenal
itulah rencam hidup ni
baru berjaya skit dah hidung tinggi
alllo.. tak payahlah nak sombong
apa kolot sangat ke kitorang orang kampung ni
sampai dah tak layak jadi kawan awak!
oopps..
kawan ker...??
Tak sombong pun tak aper la...