Thursday, May 26, 2011

Makin kurang...


Diam tak diam ia semakin berkurangan
Bukan pertambahan yang menjadi ukuran
namun pengurangan yang menjadi pengajaran
bahawa hidup ini tak selamanya kekal
Usia yang bertambah memberitahu
Cukupkah amalmu ?
Bersediakah kamu ?
Redha tak hatimu ?
Maka ku himpun segenap dosaku sedari aku mula membuka kelopak mata
hingga ke saat aku menadahkan segenap jiwa
Memohon keampunan atas segala dosa walau sebesar hama
kerna aku mahu kembali tanpa noda
kerna aku mahu mendapat rahmatNYA
kerna aku mahu mendapat kasih sayangNYA
kerna aku hanya manusia biasa..
Izinkan aku merasai apa yang belum ku rasai..
Aminnn..
Ya Allah... ku himpun sepuluh jari
Memohon rahmat dan kasihmu
Tidak sekali aku menyesali
Aku hanya ingin mengadu
mengharapkan RedhaMU
kerna aku mengerti
takdir terindah ini teristimewa buatku
agarku
menyedari bahwa
Kasih yang terbaik hanya dariMU
TERIMA KASIH YA ALLAH..

Monday, May 23, 2011

Apa salahnya berkongsi??

Salam penuh kebahagiaan buat semua... ececehh
Hmmm dalam tak sedar kita berada dihari-hari terakhir bulan mei..
errmm bulan yang menambahkan angka kepada umur aku secara rasminya heheh..
maka ingatlah angka yang bertambah memberitahu bahawa :
Mati itu pasti,hidup Insyaallah..
Topik yang rasenyer hangat bangat dibualkan sekarang ialah filem
NUR KASIH THE MOVIE

Aku tak pasti sejauh mana kutipan filem ini setakat hari ini almaklum aku nih dok kat kawasan kampung dan memang payahlah bebenor nak ke panggung wayang tuh.. heheh kalu bley memang tak masuk panggung lagi elok kottttt..
Bila terfikirkan dan teringatkan kembali plot cerita yang telah berjaya menimbulkan satu fenomena di seantero malaya nih yang mana kisah bermadu atau poligami telah digarap dengan cara berseni,halus dan tersusun. 
Mana tidaknya,pabila nur di madukan,sedikitpun tiada rasa bersalah di hati adam kerana mengikutkan rasa hati yang penuh cinta.
Dan tetiber plak aku teringat pada satu kisah didalam kawasan kejiranan aku ni ha yang mana kak Ti nih berkahwin dengan seorang pendakwah bebas. Kak Ti nih pelajar lulusan perubatan,pendek kata memang jadi doktorlah tetapi dia memadamkan impiannya menjadi doktor dengan berhenti kerja(seperti yang diminta suaminya) dengan satu permintaan kak Ti iaitu Encik F tidak mensia-siakan hidup kak Ti masa akan datang..
Setelah 10 tahun berkahwin,Encik F meminta kebenaran untuk berkahwin dengan pelajarnya sendiri,Kak Ti izinkan dengan syarat segalanya harus Kak Ti yang didahulukan...
Sekarang ?? apa jadi ? Kak Ti terpaksa mengekor ke mana sahaja suaminya pergi,bahkan mengikut suaminya dan madu yang telah berpindah ke KL..
Aduhai... Macam maner boleh jadi macam tuh? Aku bertanya sendiri..
Bukankah seorang suami yang telah berjanji untuk berlaku adil harus berpegang pada janjinya??
Tak eloklah macam nih..
Mungkin ini hanya secebis kisah dari berjuta kisah suami isteri yang pernah kita dengar..
Ianya untuk dijadikan panduan kita jua pada masa hadapan..tul tak??
Hmm berbalik pada kisah adam dan nur.. depa nih memangler sweet couple..
kan elok semua orang islam berpegang reguh dengan agamanya maka
pelbagai masalah anak remaja sekarang tak kan ada. 
Lihat saja anak gadis melayu zaman sekarang,macam dah takder MARUAH!!
Terkinja-kinja kat pub... dipeluk dan begitu mudah dibawa kebilik..
Kasihannya dengan mereka2 ini...
Maka akan terhasillah hasil yang akan diletakkan ditepi longkang,depan masjid malah ada yang dibakar.
Itulah jadinya pabila agama dibuang ketepi.. pluralisme mengambil tempat maka terjadilah westoksikasi..
Alahai anak bangsaku..
Oklah nak stop dulu entry buat kali nih..
Semoga kalian berada dalam rahmat Allah selalu..











 

Thursday, May 19, 2011

lawak nih...

artikel lawak ni dipetik dari saudara blogger marhaen kacak..

kejadian semasa pertandingan ratu cantik...

MC : Contestant, name me an electrical appliance start with letter 'L'
USA : Lamp!
Singapore : Light Bulb!
Malaysia : LADIO! (radio)

Semua hadirin gelak terbahak2 kat bawah pentas.... Pengacara tergaru2 kepala dan menyatakan sesuatu pada juri....

MC : Ok! rite now, tell me an animal start with letter 'L' also
USA : Leopard!
Singapore : Ladybird!
Malaysia : LABBIT! (rabbit)

Sekali lagi dengan juri2 sekali ketawa berguling2 kat bawah pentas...mueheheh...... soklan terakhir akan ditanya MC sambil menggelengkan kepala....

MC : Last question, name me each of u, one type of fruit start with 'L'
USA : Lemon, I like!
Singapore : Lychee!, my fav of course...
Malaysia : (dengan konfidenya menjawab sambil tersenyum bangga) LIEWLIAN! (durian)

Para hadirin sekali lagi mengeluarkan air mata akibat kelawakan yg amat terlampau berlaku di atas pentas yg grand itu....

Opsss....citer ni belum berakhir lagi.... Oleh kerana juri2 ramai dari Malaysia, mereka bersepakat untuk memberikan satu lagi peluang kepada Miss Malaysia ini dengan alasan kemungkinan minah cina ini mempunyai lidah yg bermasalah menyebut selain huruf 'L' dari zaman kanak2 lagi....

Soklan tambahan pun ditanya!

MC : Ok! Bonus Question now, very easy... ladies....name me one of human body (anatomy) which is start from 'L' also....
USA : Liver! (sambil tepuk tangan)
Singapore : Lung (Sambil menjeling wakil Malaysia)
Malaysia : L _______! (sambil menghempas microfon akibat bengang!)

Alkisahnya....semua juri2 dari Malaysia pengsan koma tak sedarkan diri.......


Read more: Lawak Racist Ka Ni?? (Ni Realiti Beb...) ~ Hikayat Marhaen Kacak http://marhaenkacak.blogspot.com/2010/09/lawak-racist-ka-ni-ni-realiti-beb.html#ixzz1H9Z4FKNF

Wednesday, May 18, 2011

SELAMAT HARI GURU...CIKGU

Salam penuh kebahagiaan buat semua..

Diam tak diam hari guru menjelma lagi dan maser nih lah cikgi2 (aku sorang jer kot) raser touching sket biler nyanyi lagu tema hari guru...cheeewah menghayati lebih2 plak ek...takperlah asalkan matlamat dan tujuan tersemat rapi didada..

Biler bercakap pasal cikgu nih,aku raser aku pun salah seorang pelajar yang sukerlah sangat buat kepala cikgu aku pening,semenjak dari tadika(cikgu salmah) sampailah ke sekolah rendah (zaman kene piat perut ngan cikgu bedah) sampailah zaman remaja biler nangis sakan sebab cikgu biologi (cikgu mat yang best giler) pindah...huhuhu
Pernah maser tu tingkatan dua,ader plak sorang cikgu ERT yang baru jer posting kat sekolah aku,aku tengok lembut jer so takder raser takut lah pulak(tak baik tul perangai aku nih) sehinggalah perangai aku n the gang menimbulkan kejengkelan dihati cikgu nih,dengan nada sedih dier halau aku n the gang keluar...out! out! keluar!!! Memang geramlah sesangat maser tuh,so kitorang pi lepak2 kat kelas..tup tup budak lelaki kelas aku masuk plak,diorang dok tanyer naper kitorang kat dalam kelas tapi budak perempuan lain semua dalam bengkel,nak cover punyer pasal,kitorang jawab "kitorang nyer projek ERT dah siaplah"...

Tak lamer lepas tu anai bagi idea supaya kitorang mintak maaf ngan cikgu tu... so nak dijadikan ceriter,cikgu tu dengan bangganyer aku nak umumkan disini iaitu cikgu Shalawati,saya sayang cikgu!!! Muaahhh.. korang nak tahu tak,beliau sekarang dah jadi kawan baik ngan aku!!! Subhanallah,indahnya aturan hidup ini..
Semenjak jadi cikgi nih,memula malu gak tau sebab jumpa semula ngan cikgu2 yang ngajar aku dulu tapi yang the best part is aku dah jadi sebahagian rakan cikgu2 aku dulu...bley borak and melawak aper2 jer..yuhuuuuu best wooo guruku rakan baikku!!
Betulke guru seperti lilin,membakar diri demi meneraangi orang lain?
Pada aku,tak payahlah jadi lilin,mengapa nak cederakan diri sendiri..kan elok guru ibarat mentari,menerangi sekian isi bumi...

Oklah semperna hari guru tahun nih aku merajinkan diri buat sedikit souvenir untuk dihadiahkan kepada teman-teman guru... biasa2 ajer sebab kesuntukan waktu!!
Oleh kerna idea nih hadir secara tiba2 maka dalam masa beberapa jam sahaja ianya diolah menjadi kenyataan.. sampai kul 1 pagi aku 2 beradik mengadap mende nih..
Ader berbagai cara yang aku nampak rakan-rakan guru meraikan hari guru sesama sendiri...ader yang bertukar ucapan, pelukan, rangkulan, bertukar kad ucapan tak kurang juga bertukar hadiah atau ke restoran eksklusif membelanja diri sendiri.. Oklah tu kan...

Pelajar juga tak kurang keatifnya menyediakan kad ucapan yang cantik lagi eksklusif untuk tatapan dan kenang-kenangan para guru yang disayangi..heheh

Ok lah sampai disini sahaja entry buat kali ini...

Novel oh novel

Salam penuh kebahagian buat korang semua...

Mua ha ha... Hujung minggu baru2 ni aku teramatlah sibuk jadi teramatlah penat. Maka segala kepenatan akan terhambur keluar pada pagi senin yang hening pabila semua orang berkobar-kobar bekerja hanya aku seorang seolah-olah jarum jam kehabisan bateri...aduhai terlalu sukar untuk menggerakkan tubuh dan hanya sebiji bantal terbayang-bayang dibirai mata..

Walaupun penat namun hari sabtu meninggalkan kenangan yang tak terluah dek kata-kata. perjumpaan beramai-ramai rakan kelas di u dulu walaupun hanya 10% yang hadir namun memangler gempak. masing2 perangai tak berubah... Yang laser tetap melaser,yang kepoh tetap maintain kepoh,yang malu2 tetap tersipu malu biler kaki lawak buat lawak. tu belum dapat jumper semuer..biler dapat jumper semua,Insyaallah renion next year... mmg haru birulah sebab masing-masing nak bercerita.

Entry kali ni nak ngomel sket pasal novel.... Dari zaman aku meniti usia belasan tahun,aku telah mula menggilai novel. Antara karya tahun 90an yang aku meniti adalah hasil karya Lamia Aimal,Shamsiah Mohd noor,Sharifah Abu Salem...Amaruszati dan ramai lagi.

Dan dek kerana berlaku lambakan novel dirumah aku ini maka diusahakan mini library yang mana diasaskan sendiri oleh aku. Bukan hanya untuk novel,terdapat majalah Ujang bahkan majalah Gila-Gila yang disimpan dari awal tahun 90an lagi..susah nak dapat tu sekarang!!

Tapi kan aku ni ader satu pe'el yang maner teramatlah kedekut nak bagi pinjam kat orang,tapi akak2 aku slumber jer bagi pinjam kat kengkawan dier,jadi memang dapat ceramah freelah dari aku...huhuhu Bukan aper,dah serik sebab biler bagi pinjam,mesti hilang...amender lah diaorang nih,dah pinjam 'rete' orang,jagelah lek lok kan...??

Salah satu novel yang menjadi “pujaan hatiku” (baca dengan nada aziz satar dalam seniman bujang lapok) semenjak tahun 1998 ialah ‘BILA SENA KEMBALI BERBUNGA’ yang mana aku fans giler kat novel ni. Beberapa tahun kemudian novel ini disambung ke bahagian dua yang mana ianya menyedarkan aku bahawa jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi dengan mawar mewangi. Aku membesar,meniti alam remaja dan menjadi dewasa dengan novel ini. Sejak itu bunga sena adalah kegemaranku. Aku akan tersenyum sendiri tika melewati pepohon pokok sena di kampong ku ini.

Aku dengan bestpren iaitu my alin meniti alam persekolahan sama-sama meminati dan menjadikan novel ini harta yang tak ternilai harganya. Entahlah,mungkin pada korang yang pernah baca novel ini akan beranggapan novel ni biasa-biasa ajer namun tak bagi aku. Aku sendiri tiada jawapan yang tepat untuk dijadikan asbab aku menggilai novel ini. Adakah kerana zek yang digambarkan sebagai seorang yang sangat kacak atau watak afikah yang tulus mencintai zek... ermm entah...

Sekarang aku mengikuti siri novel dari Ramli Awang Murshid,satu cerita epik yang bisa membuatkan aku terawang-awangan.... Bermula dari Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu,Hijab Sang Pencinta,Cinta Sufi,dan yang terakhir Sutera Bidadari...Aduhai tema cinta epik memang menjadi kegilaan aku!!

Entah mengapa kisah cinta epik ini menghantui diriku...hehehe
Bila baca novel ni seolah-olah aku pun turut mengembara bersama sunan ku...
Tahniah kepada Ramli Awang Murshid kerana cerita cinta epik karya teragung..
Sekaarang dalam rangka usaha menghabiskaan semua koleksi novel my fovourite writer Dr FT...mesti habiskan 'tunggu reduh dulu'...
Ada dua lagi buku FT yang belum menjadi ahli keluarga aku...sedang diusahakan...

Alhamdulillah impian mempunyai perpustakaan mini dimakbulkan Allah.. Walaupun tak besar mana namun cukup untuk memuatkan himpunan buku2 aku yang hampir mencecah 200 buah termasuk koleksi buku-buku motivasi dan sejarah...

Ok biler mini library aku sedia untuk beroperasi,akan aku upload gambar eh kek sini yo...hehee

Oklah... sampai disini sahaja entry aku buat kali ni...
Semoga kalian semua berada didalam limpahan rahmat Allah senantiasa hendaknyer..
Salam penuh kasih sayang...muaaahhh

Tuesday, May 17, 2011

RENOVATION SELESAI...

Alhamdulillah...

Hanya itu kata2 terbaik yang mampu aku luahkan setelah kerja-kerja pengubahsuaian rumah 90% siap,penatnyer tak payah cakaplah setelah lebih 3 minggu keadaan rumah tak ubah macam tongkang pecah tersadai tepi pantai... Aduhai..

Susun atur? Tu lagi satu bab yang mengundang perbalahan sebab adik aku nak susun macam nih,aku nak susun macam tuh,mak aku nak buat macam dolu-dolu... Poning acik!!

Oklah... nak rest kejap... sampai ketemu lagi...

Next entry nak story sket pasal novel....tungggu...

Wednesday, May 4, 2011

Sabarlah sayang...

Assalamualaikum buat semua umat islam di bumi Allah ini..

Entry kali ni penuh dengan emosi yang terpendam dan tak terselam. Pelbagai perkara memenuhi ruang benak fikiran sehingga acap kali hati ini mempertikaikan seolah-olah terlupa segala-galanya adalah ketentuan Yang Maha Esa. Nauzubillah... betapa alpanya insan kerdil lagi kekurangan ini..
Segala-galanya bermula agak kurang membawa senyuman namun hati berbisik sendiri agar sabar dan terus bersabar kerana akan ada nanti.

Mak : "sabar,ader tu...."
Begitulah kasih ibu,walaupun jauh dilubuk hatinya dia memendam perasaan sedih namun menyabarkan si anak jauh lebih penting.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

Aduhai raser seperti tak tertanggung hati ini. Ya Allah,beratnya dugaan ini buat kami sekeluarga... dari satu perkara ke satu perkara... Aku hanya mengharap pertolonganmu Ya Allah... Teguhkan hati kami,Kuatkan iman kami...

Benarlah..hati yang tak teruji adalah hati yang terbiar sepi...
Semoga dengan segenap ujian buat kami ini akan menjadikan kami hati2 yang senantiasa bersyukur terhadapMu...

Maka kesayupan hati mengundang kerinduan pada abah yang lama tiada disisi...Alangkah indahnya hidup ini andai dilalui bersamamu... Andai? Telah ku Redha terima setiap titis ujian ini...

Aran : "selepas kegelapan malam akan ada sinar mentari yang bercahaya"

Insyaallah... Semoga setiap ujian ini mematangkan kami,semoga ujian ini mengukuhkan cinta kami,semoga setiap ujian ini menjadi ikatan padu antara kami,semoga ujian ini menjadikan kami hamba yang diredhai..
Usahlah bersedih wahai sang hati... Hidup ini tak kan selamanya memedihkan hati..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi

Bersabarlah....

Senyumlah hadapi segala ujian hidup ini...

Monday, May 2, 2011

Lamenyer......

Salam penuh kebahagiaan buat semua...
Adoyai.... 2-3 minggu nih adalah minggu yang amat amat amat sibuk ler buat aku... Dah naik tensen plak acik raso eh tapi tahap 'kestressan' aku sedikit mengendur dan melebur pabila ujung minggu menjelma.. ewah ewah... Nak tau naper? Hehe aku pi kenduri kawen,pi majlis Hari Lahir anak bang enol,pi majlis perjumpaan keluarga chef mail dan lain2..

Dah seminggu lebih gak tak uodate blog yang semakin bersawang nih...
Argghhh takpolah kan...
Hujung minggu nih plan nak pi ukur jalan TAR... harap2 byk kain cantek punyer..bley rembat tuk rayer nantih... harap2 takder sale kasut kat sogo... nayer jer nanti!!

Oklah... salam penuh kasih sayang...