Wednesday, March 30, 2011

Jang Dong Gun... Hmmm

Salam penuh keberkatan buat semua... Semoga berada dalam limpahan rahmat Allah selalu.

Ni nak story mory sket tentang seseorang yang berjaya membuatkan aku menggilainya separuh giler..(hmm tak kot,konon jer)
Satu umat akhir zaman yang berjaya membuatkan aku menempek wajahnya di almari baju aku adalah ..


Aduhai... raser macam eskrem jer,cair biler nengok muker mamat sorang nih!! Since dari tahun 2000 aku mula jatuh ati huk huk huk gara2 All About Eve nyer angkara mara...


Oklah nak share sket tentang mamat sorang yang ensem mensem nih :
Nama beliau: Jang Dong-gun (Jang Dong-geon)
Profesyen : Pelakon dan pemuzik
Tarikh lahir : 7 mac 1972
Tempat lahir: Yongsan-gu, Seoul, Korea Selatan
Tinggi: 180cm
Berat: 68kg
Jenis darah : samer ngan aku tau jenis O

Rasernyer dier ni sorang pelakon yang bertakhta dihati beta... chewahhh iyolah tu!!

Dulu maser sekitar tahun 1997 - 2000 aku ader satu habit iaitu tepat jam lapan mesti tgk berita kat TV3. Itu takder yang pelik pun kan tapi aku bukan tgk berita tapi tengok pembaca berita... Dapat tengok dia kat sureheboh melaka tahun 2001 masa tu raser macam melayang-layang aku...huhu tapi sayang tak dapat jumpa!!

Hehe ni dier !!

Yang the best part biler dapat berbalas email dengan encik sorang nih... aduhai dan dek kerana dialah banyak kejadian pahit manis,kelakar sedih berlaku kat aku...

Kenangan kan... tak ternilai dek wang ringgit..kita akan menjadi semakin matang apabila pengalaman menjadi guru yang paling akrab.

Kenangan dengan Abah adalah kenangan yang paling bermakna dalam hidup aku. Aku cuma sempat berkongsi kasih,bermanja,bergurau,mendengar cerita,bersahabat dengan abah hanya selama 21tahun. Sejak hari itu dimana 'kekasih' diusung ke pusara,aku lihat segalanya gelap gelita. Aku enggan pulang ke rumah beberapa bulan kerana merasa takut jika aku pulang,tiada lagi 'kekasihku' di rumah.


Sejak itu aku hidup dalam kekeliruan dek kerana hati yang tidak redha dengan takdir Illahi. Namun Allah sentiasa menyayangi hambaNya. Penasihat akademik merangkap kaunselor banyak memberikan semangat kepada aku... dan Alhamdulillah setelah 9tahun berlalu,beliau tetap 'kekasih' hati aku yang pertama,tetap berdiri teguh disudut hatiku sehingga hayat ku dikandung badan.


Abah...bersemadilah dikau kasihku dengan aman disana,aku anakmu akan tetap mendoakanmu kerana berdirinya aku di bumi Allah ini keranamu.

Oklah... semoga anda semua berada dalam limpahan rahmat Allah selalu.. !!

Thursday, March 24, 2011

Kecemerlangan mereka hadiah istimewa buatku..

Salam penuh kebahagiaan buat semua...

Errm SPM 2010 baru diumumkan semalam namun sayang kerna aku tak berkesempatan melihat wajah2 anak didikku meraikan kecemerlangan mereka. Namun aku dihujani panggilan talifon dan SMS memaklumkan kecemerlangan mereka. Dua-dua subjek aku dapat A...!! Alhamdulillah hanya itu ayat terbaik yang mampu aku lahirkan setelah berhempas pulas selama setahun siang dan malam melaksanakan kewajipan sebagai pendidik.


Bila difikirkan semula,benarlah guru itu seperti lilin,benarlah jualah guru itu bak ibu,tepatlah guru itu bagai matahari maka tepat jualah guru itu didoakan kesejahteraannya dunia akhirat.

Sungguhpun begitu masih ada pelajar yang hidung tinggi,sombong,angkuh malah memalingkan muka ketika berpapasan hany kerana perilakunya ditegur. Ada juga guru yang disumpah seranah,dimaki hamun dalam perbualan malahan diejek ejek untuk dijadikan bahan ketawa waktu senggang pelajar hanya kerana seorang guru itu "gagal mendidiknya"...gagal mendidik jiwa mereka mungkin lebih tepat lagi. Inikah bakal pemimpin kita pada hari depan? Inikah yang akan kita banggakan sebagai tiang bangsa?

Aku melihat V.E.R.T dalam perspektif yang berbeza. Pelajar yang masuk kesana berbekalkan keputusan pmr yang sangat mengecewakan. Ada diantaranya hanya mendapat 6C 2D tetapi di V.E.R.T,yang kaca menjadi permata. Nah lihat sahaja keputusan mereka yang disambut derai air mata gembira. 4A,5A,6A,7A,8A...V.E.R.T membuktikan belakang parang diasah lagikan tajam matanya.



Walaupun V.E.R.T menyimpan seribu duka buat aku namun disitulah aku belajar bertatih dunia perguruan,disitulah aku belajar mencari ketabahan dalam kepayahan dan disitu jualah aku merangkak mencari kekuatan.


Dulu masa zaman sekolah,akulah sorang umat yang teramat bebenor tak suaka nak jadi cikgu. Mungkin disebabkan rimas pabila 90% ahli keluarga aku terdiri daripada pendidik namun kini tak lagi...hehehe malah aku jatuh cinta dengan kerjaya ini. Ketika di U aku mengejar dunia korporat,berazam memasuki dunia korporat,setahun lebih berdepan dengan perit jerih korporat,perit jerih jam bekerja 8-5 maka aku beranikan diri melangkahkan kaki ke dunia pahit maung,suka duka bergelumang kertas dan buku...


Aduhai.. pahit maung dunia guru,belum termasuk lagi pe'el rakan2 guru yang seribu mcam. Ada yang terlebih ramah sehingga masuk campur peribadi orang lain,ader yang besar kepala berlagak diva seolah semua benda diselesikan olehnya,ada yang malas sembunyi diri tika yang lain memercik peluh didahi malah tak kurang ada juga yang kerjanya menyalahkan dan mencari salah orang lain.


Namun itulah asam garam dunia. Bekerja dalam sektor apa sekalipun tetap tidak akan sunyi dari dugaan dan cabaran.


Buat anak bangsaku..usah terluka dengan tipu daya dunia. Usah dibiarkan masa berlalu pergi begitu sahaja....


Oklah... salam penuh kecemerlangan buat semua...

Tuesday, March 22, 2011

Pabila adik-adikku di 'siti' kan...

Salam selasa buat semua!!
Assalamualaikum...
Entry kali ni nak ngomel skit pasal rancangan realiti tv yang top 5 dalam carta aku iaitu program realiti adik-adikku... Oleh kerana malam tadi adalah malam kemuncak rancangan ini maka dengan penuh semangat sambil minum air durian belanda buat sendiri,aku menonton seorang demi seorang peserta dengan mulut mengomel kenapalah dan sapelah punyer idea menjemput 'kak ti' buat persembahan.

Ok..ok aku bukan anti 'kak ti' malah aku penggemar lagu2nyer tetapi apabila beliau muncul di pentas akhir rancangan ini,aku tak nampak langsung kerelevennyer beliau diundang...(pendapat peribadi) padaahal melambak-lambak artis nasyid yang hebat2. Mengapa dia? ishh bukan aper,kesian kat 'kak ti' ni... melepet jambul dia sbb malam tadi terpaksa tutup habis aurat nan satu itu padahal sebelum nih dok tersembul keluar.. lagi satu aku rase 'kak ti kene asah bakat atau mungkin lebih tepat tidak berbakat dalam bidang pengacaraan kerana pada hemat aku rancangannya di astro ria itu ok tapi pengacaranya yang agak terkial-kial,kurang mengingati fakta malah setiap kali ingin bertanyakan soalan,beliau minta izin dulu... mual lah pulak tengok..

Naperlah entry aku kali ni penuh dengan perasaan yang kurang enak..asyik meng'kondem' orang jer... berbalik pada adik-adikku,mungkin Jakim perlu kaji semula artis jemputan yang layak dijemput. Sekiranya menjemput artis nasyid tak ternama tetapi ber qasidah menyentuh jiwa adalah jauh lebih baik dari yang dipersembahkan oleh 'kak ti' malam tadi..

Tahniah juga diucapkan kepada adik Munir yang muncul juara malam tadi dah tahniah jua buat adik-adik yang lain sehingga melayakkan diri hingga ke peringkat akhir. Rancangan ini wajib diteruskan disamping sedikit penambahbaikan dengan meningkatkan mutu hiburan islam. Hentikan idola kecil,lupakan sebentar tom tom bak atau aper sahaja rancangan kanak-kanak yang tertumpu pada nyanyian dan tarian. Sudah tiba masanya umat islam harus sedar betapa pentingnya agama dididk dalam sanubari anak-anak yang akan menjadi peneraju masa hadapan.

Maaf didahulukan andai entry ini boleh dikategorikan sebagai terlalu emosi... aku kira lah!!

Semoga anda semua berada didalam limpahan rahmat Allah jua hendaknyer... Best tgh layan novel FT,tunggu teduh...

Monday, March 21, 2011

Rangkuman seminggu

Alhamdulillah cuti sekolah berakhir sudah... yang pasti agendanya makan...borak...makan...masak...tido...makan... raser seminggu macam sehari ajer kerana segalanya berjalan teramatlah pantas. Satu yang my three little princess suker adalah pakai inai..


Dan yang paling menggelikan hati bila adik komen mak eh pakaikan inai dier tak cantik... bertuah betul si kecik nih,sampai bisik2 kat telinga makngah eh dengan ayat "angah kalau nak pakai inai,jangan bagi mak pakaikan tau,mak pakaikan inai adik tak shantik!" adoii gelak bosar kakak aku...


gambar sebelah hasil inai adik yang warna oren setelah aku penat pujuk tunggu kering baru boleh bukak... adik punyer boring sampai nyanyi2 lagu padahal jam menunjukkan 23.30malam... cian manja mummy nih... adik ni name jer adik tapi bab permintaan,dialah yang paling demand,dialah yang paling bijak bercakap!! siap sound2 lagi tau..

Yang ni plak kaki saperlah yang sesat... nak gak letak inai... dah bau2 nasi minyak jer nih...


Lagi satu agenda wajib cuti sekolah adalah menjamu selera dengan hasil buatan sendiri iaitu lomang!! yummy yummy tapi yang seriknyer bab nak jaga api..


Agenda lain yang termuat semasa meraikan cuti sekolah ialah sesi santapan nasi Arab Damsyik... fuuh memang best!! aku dengan adik aku beli kat Ampangan..syiok nasi arab Damsyik neh!! Harga berpatutan hanya RM8 seorang (tlg promote)


Lokasi eh memang senang nak cari,kalu dari seremban lah kan...lepas jer pusat dakwah paroi,jalan menuju senawang... Konsep restoran syiok konsep ala arab yang tak beraper kearaban tapi mmg ok sangat. Lagipun rumah dijadikan restoran memang cantik lah tu!! So pasni aku dah ader tempat nak makan best kat seremban nih (dulu tercari-cari tempat nak makan,last2 makan kat food court JJ jer) anak tuan kedai ni student adik aku,kuk maser aku pegi tu adik aku jumpa student dier,mmg harus aku mintak diskaun ! hehehe cerdik tul cikgu nih..


Oklah... tak sabar tunggu school holidays bulan jun nanti hehe skali nak celebrate besday aku ngan achu......... yeay potong kek time!!

oklah sekian untuk entry kali nih...

Selamat berkasih sayang buat anda (yang halal dalam islam jer tau) pakwe makwe bley berambus ek!!... tak yah lah couple2 nih..aku cukup tak suker!! Islam tak suruh,so tak payah buat lah adik2 sayang.. adik-adikku insyaallah Boleh..

suker punyer pasal...

Salam kemuliaan isnin buat semuer...eceh ceh ceh suker2 jer aku nih kan!! oklah entry kali nih nak ngomel or the best word is nak share dengan korang sumer pasal habit aku yang satu nih iaitu membaca... aku nih teramatlah minatnyer dengan hasil karya DR Faisal Tehrani.

Tak tahu,mungkin kerana karya beliau sarat dengan mesej tersurat dan tersirat malah pengajaran dan pembelajaran. Bukan baru sekarang aku kenal Dr FT nih,since aku zaman U lagi tapi maser tuh tak terfikir pun nak mendekati dengan lebih dekat,tapi sekarang dengan sumer di hujung jari...hehe akulah pembaca setia blog FT disamping rela berhabis duit semata mata nak beli novel FT. Betul,tak tipu...


ader sekali tu aku memang terlupa yang dalam purse cuma ader RM20++ pastu gatal pi pesta buku kecil-kecilan oleh pakcik popular maka ternampak olehku koleksi novel FT yang masih belum jadi ahli keluarga aku maka aku pun mengendeng kat adik aku... huhuhu dengan bangganyer tunjuk kat akak aku yang aku beli novel FT sekali 3...!! akak aku bley jawab,ape yang bestnyer?...sadis tul..hehe aku jawab balik,tak tercapai dek akal mu!!!


Memangler dahsyat manusia nih biler dah minat sesuatu. Dulu mase zaman sekolah (zaman melayan MR CAT) aku memang teramat suker kumpul pembalut buku mickey mouse...sampai satu ketika aku bley hafal hampir semua koleksi pembalut buku mickey mouse!! tapi aper dah jadi dengan mender tu semuer? kucing aku tompok beranak kat dalam kotak tempat aku simpan pembalut buku tu,so pade hari ini selepas berbelas tahun,ader lah tinggal 3 helai yang dapat diselamatkan dah tu adik aku buat balut kotak mesin kaki mak aku... huhuhu dah tak kisah dah sekarang tapi amazingly sebab si comei syakila ngikut plak pe'el aku yang fans habis mickey mouse (ader lagu tau mickey mouse) ..sambil teringat kelab disney mickey mouse bersama abg naz...kuikuikui

Ni aku senaraikan aper yang aku suker maser umur belas-belas...
1. Kumpulan muzik 4U2C,KOOL
2. Kumpul setem,sampai sekarang ader lagi dan tak beraper aktif dah
3. Kumpul lirik lagu
4. Dengar THR kul 4pagi...layan hindustan sambil bergayut dengan alin
5. Tulis cerpen
6. Tengok Sailormoon
7. Karaoke lagu fauziah latif... yang ni maser sek rendah,sampai skrg hafal lagi
8. Main dengan kucing kesayangan yang dah mati mase aku kat poly tahun 2000

Aduhai dalam tak sedar masa berganti hari,hari berganti bulan,hingga bulan berganti tahun hinggalah tiba disuatu hari MR CAT hantar kad undangan ke tangan aku baru aku tersedar segalanya telah berlau pergi meninggalkan aku....

Payahnya mengubat lara,payah lagi membalut duka....

selamat berbahagia buat semua!!!

Sunday, March 20, 2011

Bicara Hati (II)

Dan kini kau kaku dihadapanku. Hanya ombak dadamu sahaja yang menandakan masih ada udara memenuhi ruang nafasmu.Saat hatiku mula terubat kerana kehilanganmu,kau hadir semula mengguris kembali luka lama. Hinakah aku hanya kerana cinta aku sebegini derita? Tololkah aku hanya kerana cinta aku mengusung memori gelita? Berdosakah aku kerana berhenti mengharap kepadamu?
Aku sendiri tidak pasti siapa yang lebih dahulu hadir dalam hatimu samada dia ataukah aku tetapi satu yang aku terlalu tahu bahwa kau terima akadnya setelah aku mencintaimu sepenuh jiwa. Lantaran itu dosa apakah yang aku junjung sehingga kau menghukum aku tanpa bicara? Tanpa membenarkan aku menegakkan segala yang aku tahu lalu hukuman kau jatuhkan tanpa menimbang walau sedetik? Tak kah kau dapat rasakan kau terlalu zalim saat itu? Mendengar cakap orang tak kan menambah kepada kebaikan cuma akan menghancurkan kehidupan. Nah.. jika itu peganganmu,ternyata kau insan tolol lagi berhati batu.
Pernah dahulu kau bertanya kepada ku “ kau nak tahu siapa yang ada dalam hati aku? ” Demi Allah betapa berdebarnya hati aku saat itu,hati menjerit ingin berkata iya,namun bimbang jika bukan aku jawapannya. ,maka dengan sedikit keberanian aku menjawab “ tidak ” walau seribu kekesalan mula menerjah memukul kehidupanku selepas itu. Aku menarik membuka pintu kereta meninggalkanmu tanpa menoleh. Jika kau tahu apa yang aku rasa saat itu,pasti kau tak akan berani bergurau dengan aku tentang hati dan cinta.
Jika dahulu sebelum hadirnya dirimu,aku sering tertanya-tanya bagaimanakah rasanya cinta? Apakah itu cinta? Rupa-rupanya cinta itu seakan malinja,pahit namun diakhir kepahitan ada enaknya.
Bunyi bip dari monitor mengejutkan aku dari lamunan panjang,kenangan kau dan aku yang sejak tadi menari di birai mata terhenti dan terus menghilang. Kau ku tenung dengan hati penuh sayu. Di hari pernikahan kau dulu aku menggagahkan hati melangkah pergi,untuk melihat putera hati bersanding di singgahsana bukanlah sesuatu yang aku tunggu-tunggu sepanjang hayatku. Yang lebih menghiris hati lagi apabila tangan kau sendiri menyerahkan kad undangan kepadaku dan untuk pertama kalinya kita berbicara dengan penuh tenang meskipun hatiku saat itu seakan hendak pecah menghadapimu. Dan dek kerana tidak mahu teman-teman mengikut kata hatiku maka aku gagahkan jua menghadirinya. Terngiang-ngiang di kotak ingatanku kata seorang teman “ usah berkorban andai ada sekelumit rasa terkilan ”. Maka aku didik hatiku sebaik mungkin untuk redha dengan takdir Illahi ini.

Jika tidak kerana...... bakal bersambung dalam bicara hati (III)..tungguuuuu

Sunday nan bluesssssssss

huk huk huk hari ahad yang sedey sekali untuk tahun nih n moga ni last sunday aku bermuram durja melayan lara di jiwa...

Dah lah tak diberi peluang bercakap malah disalahkan plak... Takpelah dugaan kan... hidup kalu takder dugaan memang tak best langsung.. tapi kekadang dugaan tu raser macam tak tertanggung dek hati aku nih yang sedia ada rapuh nan gemersik.

Sabarlah wahai hati nan berduka,
usaplah wahai sang airmata
pergilah wahai sang lara
menjauhlah wahai sang durja
kembalilah wahai sang ketawa......

Arggghhhh payahnya memujuk jiwa malah payah lagi memendam rasa.............

oklah...next entry rangkuman seminggu cuti sekolah

Semoga anda semua hidup dalam kebahagiaan.... selamat malam nan indah !!

Monday, March 14, 2011

Jatuh la Plakkkk huhuhu!!

Salam isnin yang harmoni buat semuer!!
Hujung minggu semalam dan kelmarin aku agak sibuk memenuhi undangan majlis perkahwinan tapi ader satu yang agak sedey skit nak criter. Semalam ke majlis kenduri kawen junior aku kat poly dulu,si Anne (dah kawen dah ko anne) kat sendayan. Alkisah aku sampai umah pengantin kul 13.30pm so memang tengah sedang elok bonarlah nak ngap n ngup sambil tgk pengantin... turun jer kerete yang di parkir agak hampir dengan khemah,aku hulur kaki kanan,pastu diikuti kaki kiri pastu sedar2 aku dah jatuh melutut!! Aduh sakitnyer,biler bangun terus tengok sekeliling,ader tetamu jemputan yang perasan aku jatuh!! sadis...malu2...

Biler bangun jer raser sakit tambah pedih kat lutut,ruper-rupernyer kepala lutut aku cedera!!!! hahaha mujur plak baju kurung tak koyak!! kuk koyak mmg wajib tak turun keter lah aku pastu!!

Hadoiiiii penangan Anne nyer pasal,dah lah kad jemputan dier kena denda...tak pasal2 ambik kat pejabat pos!!! memang bertuah punyer budak Anne nih!!

Oklah... hari ni menu makan tengah hari sup tulang ngan masak cili api yam kampung!! pak lang leman dah tutup kedai,tak pasal2 pi kota plak... bertuah punyer ayam!!

Oklah nak stop entry kali nih...
Nak sambung masak...(xdan nak upload masak)..

Salam penuh kebahagiaan buat sumer!! mUUUUahhhhh

Friday, March 11, 2011

CuTi.SekOlaH DahHhhhh...

Errrmmm entry kali nih nak ngomel skit bab cuti sekolah. yang best sbb dapat jumpa my 3 little princess yg on the way coming home from Ganu...hehe dah 3bulan tak jumpa since school holiday disember lps!! Along@Abang cakap dier pun balik gak this weekend,haa jgn luper bwk blk nabila & nabiha so sure lagi kecoh la kat umah aku weekend nih tapi takper sekali sekala berkumpul ramai2. Nak buat BBQ tak sempat sbb sibok kenduri kawen kat umah Wan Achu...


Macam2 dah plan cuti sekolah nih dan yg pastinyer sumer agenda tu menjurus ke aktiviti dapur dapuran... hehe masak n makan ler per lagi. Mak plan rabu nak buat lemang,aku plan selasa nak BBQ ayam...Achu nak pi beli jagung kat PPK so bley pesta jagung kat umah.. Hmmm syoknyer makan makan makan...tu lah aktiviti wajib biler cuti sek tiber!!
Tak tau la family org lain macam maner tp famili aku mcm tulah meraikan cuti sekolah..sbb tulah kot mak suruh sumer anak eh jadi cikgu sbb biler cuti sekolah sumer dpt berkumpul. Tu belum bab nak wat kenduri kawen,tiap2 malam bersidang sampai kul 12tgh malam.... Parah tul..

Hmm Alhamdulillah pada tahap ni aku dapat melepaskan segala bebanan perasaan yang aku tanggung dulu hehe eh ni (out of topic nih).... konon lah kot dapat luper!! Tulah kan hidup nih penuh rencana Allah yang terindah...


Oklah tak tau nak ngomong aper lagi..agak eh sbb cuaca sejuk so otak aku pun agak2 beku sket..So selamat bercuti buat sumer guru n student2 termasuk Xstudent2 aku yang aku cyg cangat!! Sayer (fuuh ayat power nih) doakan awak sumer dapat result cemerlang dlm SPM 2010 (terutama 2 subjek yg sayer ajar).... haah ek aku sorang jer yg ajar 2 subjek patut arr raser mcm nak terjun bangunan tahun lps!! kwang kwang..

Oklah nak stop entry kali nih... kepada korang sumer.. semoga bahagia slalu n jgn luper maser nak gosok gigi pagi2 kena senyum!! hehe Daaaaaaaaaaaaaa

Monday, March 7, 2011

kak long...jangan luper "log out" !!

Salam buat semua.... semoga pagi isnin ini membawa sejuta kebahagiaan buat semuer!! ecehceh mcm ramai jer bacer blog aku nihhh
Entry kali nih nak celoteh pasal anak buah aku yang teramatlah banyak songeh ni ha... cerdik nyer minah sorang nih lain macam,hidup dier penuh dengan raser ingin tahu dan pelbagai pertanyaan dan soalan yang berlegar-legar diminda si budak kecik nih!!
Al kisah satu malam,mak dier@kakak aku kena pegi sekolah sbb ader kelas tambahan,abah budak2 ni plak dah seminggu outstation kat kuantan so terpaksalah tinggalkan diaorang bertiga nih kat rumah dengan pesanan "mak bagi bukak komputer tapi jangan bukak facebook". Diorang bertiga nih pun jawab "ok mak"...
Kakak aku balik rumah sekitar pukul 11 malam tengok semua dah terbungkang tido so aper lagi kejutkan semua masuk bilik... tengah kakak aku dok melayan mata yang taknak lelap sekitar hampir pukul 1 pagi tu...tiber2 si adik@syakila bangun terus duduk pastu cakap "kak long,jangan lupa logout" (mengigau ler aper lagi)..kui kui kui yang best akak aku ni siap jawab lagi "dah logout,dah bley tido dah"... hehehe pecah rahsia diorang bukak facebook kat umah!! nak sambung skit,mlm kelmarin pun adik aku mengigau,aku kejut dier suruh masuk bilik,cerekarama dah habis,dier bley jawab"beraper ringgit nak bayar?" hahaha aper lagi gelak sakan aku!!
ok sambung balik ceriter pasal syakila comey..
Pagi besoknyer dalam kereta on the way ke sekolah,kakak aku bersuara... mak tahu kaklong,kakngah dengan adik bukak facebook malam tadi kan... haa tulah Allah nak tunjuk kat mak... yang si adik palk menjawab "huiish tererlah mak,mak boleh tahu... adik guna sekejap jer malam tadi,kaklong dengan kakngah yang lamer"... haaa kan dah pecah rahsia...
Aduhai perihal anak2 buah aku memanglah menggelikan hati... tu tak masuk lagi ceriter bab nabila,nabihan dan se kecik danish....
Oklah entry kali ni..
Opps doakan aku dapat masuk DPLI untuk tahun nih.... Amin

Oklah buat korang semua... semoga bahagia selalu....!!!

Tuesday, March 1, 2011

musim kawen dah tiber....

Errrmmm time cuti sekolah memang akan dianggap musim kawen,tul tak? Tapi tu dululah la nih org tak kira cuti sek ke tak asal walimatul urus berjalan seperti yang dirancang sudah...



Tapi kan dulu aku tak minat bebenor menghadirkan diri ke kenduri kawen nih,bosan biler orang dok tanyer biler lagi,yang ni biler plak,nak buat biler.... ermmm mcm2 gaya soalan yg ditanya tapi yang dimaksudkan adalah satu...

Sekarang nih aku dah beralih angin,suka plak pi kenduri kawen,tu pun sbb terpengaruh dengan perangai adik dgn kakak aku yg memang suker bebenor menghadirkan diri ke sebarang kenduri kawen nih.. dari yang paling grand aku pernah pergi kenduri kawen kat kelab golf sampailah yang paling sempoi biler sebijik telur pun tarak...

Mcm2 gelagat atau pesyen orang buat walimatulurus nih...ader yg buat ayam golek,ader yang menunyer ayam percik (jiran kg aku ni ha) ader plak yang masak umbut... hadoi... yg paling tak tahan perut aku ni tersangat ler sensitif,kalu makanan yang dimakan kt rumah org berkenduri tu 'yg ado' maka aku akan cirit birit sampai ke malam tapi yang pelik mak aku,adik ngan kakak aku kebal pulak perut diaorang tuh...(errmm sambil tangan urut dagu memikirkan..)

Tiber plak timer member2 kawen,aku tumpang seronok dan gembira... dulu aku pikir biler member2 rapat aku kawen,aku akan kehilangan diorang tapi mereka (ina @mama maira,as sengal,nisah bharim,ela,alin@mafia gurl,wana,cik uda)membuktikan persahabatan tak kan terhalang dek kerana sebuah perkahwinan... hehe muuuahhhh sayang korang!!

Walau apepun,perkahwinan adalah satu permulaan fasa baru dalam hidup kita sebagai hamba yang Khalik...so selamat menempuh alam perkahwinan untuk semua!!!

oklah sekian utk entry kali nih...