Tuesday, June 30, 2009

A NICE TIPS FOR US..

PERNAH TAK KORANG SUMER RASER RINDU YANG AMAT SANGAT PADA SESEORANG... KAT SINI ADER BEBERAPA TIPS YANG USEFUL..
• AL QURAN
- Banyakkan mengaji bila terasa rindu yang amat sangat pada sidia. apabila kita mengaji,fikiran kita akan terarah pada bacaan ayat suci al quran itu dan secara tidak lansung kita tidak lagi melayani perasaan yang menggila dalam hati tu.

• BERZIKIR
- "HASBUNALLAHUWANIKMALWAKIL"..
- zikir diatas elok diamalkan untuk mengelak dari stress..
- Sebab bila hati kita tak tenang,jiwa akan tertekan dan akhirnya membawa kepada stress.

• BERDOA
- Berdoalah ketika hati kita resah merindui seeorang.
- Ucapkan “Ya Allah,aku pulangkan kembali rindu yang membara dalam hatiku ini,Kau ambillah kembali kerana Kau lebih berhak dan Kau jua Maha mengetahui,hantarlah rinduku ini padanya jika benar jodoh kami dan telah kau takdirkan kami hidup bersama…biarlah dia jua merasai apa yang aku rasai.. Amin.

• BERDOA SELEPAS SOLAT
- Banyakkan berdoa selepas solat,minta Allah tunjukkan kepada kita dan pandu rasa cinta dan rindu yang menggila dalam jiwa kita saat itu.
- Jangan pernah putus asa minta pada Allah. Jika Allah makbulkan doa kita dengan cepat,itu bererti ALLAH SAYANG PADA KITA. JIKA Allah belum memakbulkan doa kita,itu bererti Allah hendak menguji kita tetapi jika Allah tidak memakbulkan doa kita,itu bererti Allah merangka sesuatu yang lebih baik untuk kita..
- Untuk itu…bersabarlah..

• SOLAT ISTIKHARAH DAN SOLAT HAJAT
- Jika kita sendiri tidak yakin dengan perasaan yang sedang kita alami,bangunlah ditengah malam,carilah Allah saat itu,pintalah petunjuk darinya.. semoga kita tidak hanyut dalam jurang cinta yang murah.
- Banyakkan buat solat hajat pinta agar dipercepatkan jodoh dengan sidia idaman kalbu..

SEMOGA BERJAYA DAN SEMOGA KITA SEMUA DITEMUKAN DENGAN ORANG YANG BETUL DAN BOLEH MEMIMPIN KITA DALAM HIDUP SERTA BOLEH MENGIMAMKAN KITA DALAM SOLAT…INSYAALLAH

No comments: