Wednesday, September 28, 2011

Aduhai anak melayu..

Assalamualaikum..
Entah mengapa dan dari mana mulanya aku bagai terpanggil untuk mengulas perihal anak-anak melayu masa kini. Anak IT kah mereka sehingga meninggalkan adab sopan ikutan ketimuran atau anak Merdekakah mereka sehingga lupa dan buat-buat lupa sejarah ketamadunan melayu yang perlu terus diagungkan.
Melihat kepada perangai yang menggeramkan pelajar-pelajar pada hari ini,mereka merasakan hiburan adalah nadi hidup,makanan segera adalah nafas hidup dan berpasangan adalah tunjang hidup.
Adakah salah ibu bapa mendidik atau kealpaan guru yang mengajar sehingga anak melayu kini bagai ketandusan nilai moral dan yang paling menyedihkan kehausan ilmu agama.
Apa yang akan anda lakukan sekiranya pelajar masuk kedalam kelas dan dengan selamba terus duduk sedangkan anda tercongok di hadapan.
Mungkin dek kerana sikap telah terbiasa dengan guru lain maka memang malanglah pelajar yang berani buat aku macam tu!!
Inikah bakal pemimpin kita pada masa hadapan?
jika beginilah gambarannya..sungguh aku tidak akan mengaku
bahawa aku pernah menjadi gurunya..
Wahai anak bangsa ku... ayuhlah
berubahlah demi masa depan agama,bangsa dan negaramu..
Usah terleka lagi
usah ralit dibuai mimpi disiang hari
usah terpesona dengan keseronokan dunia
usah suka berprasangka
usah hanya pandai menuding jari
usah hanya mengeluh sendiri..

No comments: