Tuesday, January 3, 2012

Aduhai suamiku..

Entah mengapa aku membenarkan sahaja apa yang berlaku,seolah olah tiada pendirian diri lansung. Ada satu petang tu,masa tengah “window shopping” dengan “dia”,aku cukup takde mood. Nak tengok muka “dia” pun takder ati rasernye. Entahlah.. adakah “family marriage” satu perangkap buat aku selama lamanya.
“Dia” sendiri dari pemerhatian mata aku seolah-olah 
memaksa dirinya untuk menerima segalanya.

Balik dari window shopping aku rasa badan aku agak panas...adoi demam lah pulak..
so secara automatik air muka aku kelat sekelat ubat..nak senyum? 
Mintak maaflah jawabnyer..  Aku turun dari kereta dan terus menuju ke pintu gate,entah macam mana aku sendiri tak perasan yang “dia” mengekori aku. Aku hanya perasan bila aku menoleh kebelakang... Ader aper? Aku menyoal tanda tak puas hati diekori. ‘Takde...’ belum sempat “dia” menghabiskan ayatnya tetiba datang plak mak cik dia yang dari tadi tengah mengambil rambutan. 
So bermulalah tazkirah free untuk aku berdua pada petang tu! ‘Korang berdua nih aku tengok payah benar nak serasi,sorang ke hulu,sorang ke hilir,orang dulu-dulu kawen diatur keluarga jugak tapi ok jer sampai ke tua’.
‘orang dulu-dulu lain,orang muda zaman sekarang lain’ aku menjawab tapi cuma sampai di kerongkong jerlah..tak terluah kat mulut pun. Aku memuncungkan muka,raser geram pun ader. Yelah ader plak yang sibuk-sibuk masuk campur urusan rumah tangga aku,nak nasihat tapi tak kena tempat !
   
Demam aku makin berlarutan. Aku hanya berkurung dibilik,yelah tak nak lah nanti aku dilihat lembik oleh famili “dia” biarpun aku memang lembik @ mudah cengeng kalu tengah demam. Tiba-tiba talifon aku berbunyi,’assalamualaikum’.. ‘waalaikumsalam warahmatullah’ aku menjawab dengan nada hambar. ‘eh kau kenapa? Macam tak sihat jer’ ‘aku demam sket’ ‘alah sekarang kalau demam dah ada orang jaga kan’ As berseloroh memancing tawa aku 
‘ takder,macam dulu jugak,takder yang berbeza pun’ alamak! 
Aper aku cakap nih,mesti as dapat tangkap sesuatu! ‘wei,kau ok ker?’ kan..dah agak dah as dapat tangkap maksud aku! ‘wei,kau ok ker? As mengulang soalanya yang sama. 
Walau aper pun yang terjadi,biarlah cerita rumah tangga aku hanya aku yang tahu..aku bertekad ‘aku oklah..takder aper’ aku menjawab untuk meyakinkan as. ‘wei,nanti aku call ko balik ek..aku tak berapa sihat lah,sakit tekak gak nih’ talian terus dimatikan. 

Kuss semangat aku tak terlepas cakap tadi. Yes..takder siapa akan tahu hal rumahtangga aku.. yes yes yes eh naper aku suka sangat nih,bukan tadi demam ker.. sukalah sebab kali nih dapat kontrol anak tekak dari bercerita..yelah kalu dah jenis becok tu becok gak lah..sedang aku melayan perasaan “dia” yang tiba-tiba muncul dihadapan aku yang entah bila masuknya aku sendiri tak perasan.. adoyai malunyer!! Entah-entah dah lama dia masuk dalam bilik,aku jer yang tak perasan! Entah-entah dari tadi dia perhatikan aku cakap sorang-sorang! Entah-entah dia tengah senak perut menahan gelak... hua hua hua malunyer!!

‘Awak ok tak?’ “dia” menunjukkan rasa ambil beratnya terhadap aku. Yang aku ni pulak nak cover punya pasal terus angguk dengan laju nya dan bergerak ke tinggap kononnya nak menghirup udara segar. Ceewah nak cover malulah konon,dengan tak semena-mena “dia” datang merangkul dari belakang membuatkan aku terperanjat. 

‘ndak’ ‘ndak’ ‘ndak’ tiba-tiba aku terdengar sayup-sayup ada suara yang aku kenali memanggil-manggil aku. ‘ndak,bangun subuhlah’... Astaghfirullahallazhim... aku mimpi rupanya!!! 

huhuhu tak betnyer mimpi nie....

No comments: