Wednesday, September 19, 2012

Bila menantu kata sesuatu...

Assalamualaikum WBT...
Errmmm "menantu"
Rasenyer ramai yang dah menjawat jawatan itu secara rasmi kan ?
99 % teman-teman aku pun dah dapat jawatan itu
tapi bukan pasal bagaimana jawatan itu diperoleh yang aku nak sentuh
cuma peranan mereka sahaja

Biler sebut pasal menantu
rasenyer ramai mak mertua maka banyaklah cerita yang berbeza
baru-baru ini aku sendiri melihat satu situasi ini
dimana ada dua orang menantu yang mempertikaikan
mengapa suami mereka tidak termasuk
didalam senarai pembahagian harta pusaka

sukacitalah aku nak beritahu
jika mengikut adat nogori.. esp Rembau
anak lelaki memang tak akan
dapat apa-apa bahagian harta pusaka
jadi... pada pendapat peribadi akulah pulak
terpulanglah kepada ibu itu sendiri
samada nak beri sedikit kepada anak lelaki atau tidak..
itu terpulanglah..

tapi kan sekarang ada menantu yang pertikaikan
eh eh eh
awak kan menantu ?
manalah awak boleh kata begitu...
kalau dah ibu mertua tak beri pada anak lelaki mereka
terimalah keputusan itu dengan hati yang terbuka

yang peliknya...
si anak lelaki diam sahaja
si menantu pulak yang banyak bicara
macam maner tu ?

malulah... perangai menantu yang macam itu
bukan aper...
peganglah pada prinsip
setiap yang berlaku pasti ader hikmahnya
sekarang memanglah rasa tak adil...
esok lusa siapa tahu..

abah aku...
kata abah tak nak aper-aper..
rupe-rupenyer itu keputusan terbaik
yang dibuat berpuluh tahun dahulu
itulah hikmahnya..
sekarang baru dibentang di depan mata

... hmmm banyak baik maka banyak juga buruknya
terikat dengan harta pusaka...
renung-renungkanlah..



..PENASANGPUTERI..

No comments: