Sunday, March 3, 2013

Cepatnya masa berlalu pergi

Hmmm...
Masuk ajer tahun 2013...
hampir setiap saban minggu
dipenuhi dengan undangan kenduri kahwin
sana sini sinun situ..
dimana mana sahaja
kenduri kahwin la, kenduri cukur jambul lah, kenduri nak pi umrah lah
kenduri majlis bertunang...
kita ajer yang larat tak larat nak memenuhi kesemua undangan
nak nak plak dalam satu hari tu ader undangan melebihi 3 buah rumah
yang nak jadi lagi best, kesemuanya agak jauh - jauh belaka..
sampai ader satu hujung minggu tu
aku ke melaka pastu keseremban
ke Melaka jumpa panas terik
kat seremban hujan lebat mencurah..
selalunya bila dah tahu nak pergi banyak rumah
memang kitorang akan makan skit2 ajer..
kang tak lalu nak makan kat umah yg lain plak

Hari nie...
si zaidi
selamat melansungkan perkahwinan dengan chenta hatinya..
bila tengok zaidi bersanding
kenangan di bangsu sekolah bermain main di tabir ingatan
macam baru semalam ajer kitorang lari bagai nak rak dalam kelas
macam baru semalam ajer bertepuk tampar main tendang - tendang bagai
almaklum baru masuk tingkatan 1
perangai kebudak budakan masih kuat lagi..
kini segalanya telah berlalu pergi
hanya kenangan yang terukis kemas di ingatan
...
"hei kau....."
ketawa..
"biler lagi ni ?..."
ketawa 
"Insyaallah, doa-doakanlah"
...
Bila dah jumpa kawan2 lama
macam2 cerita lama keluar semula..
..
Selamat Pengantin Baru Kawan - Kawan..
Selamat Bercinta Hingga Ke Syurga

Sumber Gambar : Cik Google

No comments: