Sunday, February 13, 2011

UsiA mUdA....

Benarlah kata orang,ketika kita di usia muda,macam-macam boleh disebut,macam-macam boleh dikata dan pelbagai benda boleh dilakukan...Ianya membuatkan kita lupa bahawa ada hati yang terluka,ada hati yang kecewa,ada hati berdesis hampa,ada hati berlagu sendu hingga membuatkan sekaping hati itu nanar dan terus memendam rasa.
Pengajaran yang terbentang luas dihadapan mata aku ini membuatkan aku sedar bahawa apa sahaja yang aku lakukan pada hari ini walau sebesar kuman pun akan aku terima natijahnya dikemudian hari. Jika pada hari ini kita tamak,kedekut dan haloba maka di usia tua nanti kita akan meminta belas ihsan orang lain untuk makan hatta untuk sesuap nasi cuma.
Sedih sangat aku rasa... kenapalah hingga jadi macam ni,biler dah diberi diungkit ungkit pulak. Bila tak nak ambil,dikata bermacam. Benarlah hukum alam,manusia yang satu ketika dahulu penuh rasa tamak,dengki,busuk hati...kesannya sehingga tua. Kadang-kadang akal warasku hilang pertimbangan apabila memikirkan seorang ibu tua yang sepatutnya menjadi pelindung,tempat berpayung anak cucu tetapi berfungsi untuk memecahbelahkan anak dan cucu sendiri. Setiap pemberiannya akan diungkit-ungkit. Suka memalukan cucu sendiri dihadapan orang. Inikah nenek yang boleh dibanggakan? Inikah calon nenek mithali? Inikah harga yang perlu dibayar oleh anak dan cucu untuk menapak di bumi Allah ini?
Segala yang berlaku membuatkan aku semakin memanjatkan segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T. Dan semakin bertambah keyakinanku bahawa setiap yang kita lakukan kita perlu bertanggungjawab dan jangan sesekali melukakan hati orang lain. Akhir kalam moga ketemu lagi..

No comments: