Monday, February 28, 2011

Bicara Hati (I)

…daun pintu ku kuak perlahan. Aku memandang wajahnya dengan penuh pengharapan. Ku gagahkan kaki melangkah menghampirinya. Kerusi beralas bantal menyambutku penuh sepi. “Sampai bila kita harus begini?” aku memberanikan diri memulakan bicara tanpa memandang kepadanya. Namun tiada sahutan darimu. Mataku mula berkaca,harapanku agar kau mengerti apa yang bergejolak didasar hati saat ini. “terlalu sukarkah untuk kita mengakhirinya hingga kau menyiksaku sebegini lama?”. Aku terus menghamburkan pertanyaan walaupun sedari tadi masih tiada jawapan yang aku dengari. Aku mula melepaskan debaran yang sejak awal tadi menggila memukul jiwaku. Dengan hembusan nafas yang ku tarik jauh dari dalam,aku melepaskannya perlahan menandakan aku semakin bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. “aku cintakan kau terlalu banyak,salahkah?” aku kembali mula berbicara sedangkan tiada sepatah kata keluar dari bibirnya. Wajahku mula merah menahan amarah. “sampai bila harus begini?” pertanyaan ku kali ini diiringi nada suara sedikit tinggi. “berhenti membuatkan aku menjadi gila keranamu” aku mula hilang pertimbangan. Dia dihadapanku ini adalah cinta pertamaku,benarkah?atau aku diperdaya oleh cinta yang buta? Dia dihadapanku adalah insan pertama membuatkan aku sedar akan cinta,membuat aku sedar hidup perlukan cinta dan membuatkan aku sedar cinta itu perlu dirasa. “mengapa cinta perlukan pengorbanan?”. Aku mula berbicara lagi. Ku kuis setitik air jernih yang jatuh ke pipi ku. Aku perlu kuat,aku perlu tabah,aku perlukan seribu kekuatan. Pandangan ku ku halakan tepat ke arah wajahnya. Aku memandangnya dengan sejuta perasaan yang datang menerpa. Entah rindu,entah sayang,entah cinta,entah dendam,entah kasih entah suka,entah benci entah apa perasaanku saat itu. Air mata ku seka sekali lagi. Berhenti mengalirkan airmu wahai sang mata. Aku kini perlukan berjuta kekuatan untuk menghadapi dia sang jejaka yang pernah bertakhta di lautan jiwaku. Aku sedikit berengsot menghampirinya. Ku alihkan pandangan ku menghala ke monitor jantungnya. Alirannya seimbang menandakan dia separas adanya. Aku menatap wajahnya kembali. Kenangan lalu berlari-lari di benak fikirku. Kau hadir saat aku mencari-cari arah cintaku. Kau hadir membawa seribu kasih bersamamu. Kau menjadi tangan kananku. Kau ada setiap ketika denganku. Kau meniup semangatku saat aku jatuh terduduk. Kau menasihatiku saat aku berbuat sesuka hatiku. Dan kini......

No comments: