Sunday, March 20, 2011

Bicara Hati (II)

Dan kini kau kaku dihadapanku. Hanya ombak dadamu sahaja yang menandakan masih ada udara memenuhi ruang nafasmu.Saat hatiku mula terubat kerana kehilanganmu,kau hadir semula mengguris kembali luka lama. Hinakah aku hanya kerana cinta aku sebegini derita? Tololkah aku hanya kerana cinta aku mengusung memori gelita? Berdosakah aku kerana berhenti mengharap kepadamu?
Aku sendiri tidak pasti siapa yang lebih dahulu hadir dalam hatimu samada dia ataukah aku tetapi satu yang aku terlalu tahu bahwa kau terima akadnya setelah aku mencintaimu sepenuh jiwa. Lantaran itu dosa apakah yang aku junjung sehingga kau menghukum aku tanpa bicara? Tanpa membenarkan aku menegakkan segala yang aku tahu lalu hukuman kau jatuhkan tanpa menimbang walau sedetik? Tak kah kau dapat rasakan kau terlalu zalim saat itu? Mendengar cakap orang tak kan menambah kepada kebaikan cuma akan menghancurkan kehidupan. Nah.. jika itu peganganmu,ternyata kau insan tolol lagi berhati batu.
Pernah dahulu kau bertanya kepada ku “ kau nak tahu siapa yang ada dalam hati aku? ” Demi Allah betapa berdebarnya hati aku saat itu,hati menjerit ingin berkata iya,namun bimbang jika bukan aku jawapannya. ,maka dengan sedikit keberanian aku menjawab “ tidak ” walau seribu kekesalan mula menerjah memukul kehidupanku selepas itu. Aku menarik membuka pintu kereta meninggalkanmu tanpa menoleh. Jika kau tahu apa yang aku rasa saat itu,pasti kau tak akan berani bergurau dengan aku tentang hati dan cinta.
Jika dahulu sebelum hadirnya dirimu,aku sering tertanya-tanya bagaimanakah rasanya cinta? Apakah itu cinta? Rupa-rupanya cinta itu seakan malinja,pahit namun diakhir kepahitan ada enaknya.
Bunyi bip dari monitor mengejutkan aku dari lamunan panjang,kenangan kau dan aku yang sejak tadi menari di birai mata terhenti dan terus menghilang. Kau ku tenung dengan hati penuh sayu. Di hari pernikahan kau dulu aku menggagahkan hati melangkah pergi,untuk melihat putera hati bersanding di singgahsana bukanlah sesuatu yang aku tunggu-tunggu sepanjang hayatku. Yang lebih menghiris hati lagi apabila tangan kau sendiri menyerahkan kad undangan kepadaku dan untuk pertama kalinya kita berbicara dengan penuh tenang meskipun hatiku saat itu seakan hendak pecah menghadapimu. Dan dek kerana tidak mahu teman-teman mengikut kata hatiku maka aku gagahkan jua menghadirinya. Terngiang-ngiang di kotak ingatanku kata seorang teman “ usah berkorban andai ada sekelumit rasa terkilan ”. Maka aku didik hatiku sebaik mungkin untuk redha dengan takdir Illahi ini.

Jika tidak kerana...... bakal bersambung dalam bicara hati (III)..tungguuuuu

No comments: