Wednesday, March 30, 2011

Jang Dong Gun... Hmmm

Salam penuh keberkatan buat semua... Semoga berada dalam limpahan rahmat Allah selalu.

Ni nak story mory sket tentang seseorang yang berjaya membuatkan aku menggilainya separuh giler..(hmm tak kot,konon jer)
Satu umat akhir zaman yang berjaya membuatkan aku menempek wajahnya di almari baju aku adalah ..


Aduhai... raser macam eskrem jer,cair biler nengok muker mamat sorang nih!! Since dari tahun 2000 aku mula jatuh ati huk huk huk gara2 All About Eve nyer angkara mara...


Oklah nak share sket tentang mamat sorang yang ensem mensem nih :
Nama beliau: Jang Dong-gun (Jang Dong-geon)
Profesyen : Pelakon dan pemuzik
Tarikh lahir : 7 mac 1972
Tempat lahir: Yongsan-gu, Seoul, Korea Selatan
Tinggi: 180cm
Berat: 68kg
Jenis darah : samer ngan aku tau jenis O

Rasernyer dier ni sorang pelakon yang bertakhta dihati beta... chewahhh iyolah tu!!

Dulu maser sekitar tahun 1997 - 2000 aku ader satu habit iaitu tepat jam lapan mesti tgk berita kat TV3. Itu takder yang pelik pun kan tapi aku bukan tgk berita tapi tengok pembaca berita... Dapat tengok dia kat sureheboh melaka tahun 2001 masa tu raser macam melayang-layang aku...huhu tapi sayang tak dapat jumpa!!

Hehe ni dier !!

Yang the best part biler dapat berbalas email dengan encik sorang nih... aduhai dan dek kerana dialah banyak kejadian pahit manis,kelakar sedih berlaku kat aku...

Kenangan kan... tak ternilai dek wang ringgit..kita akan menjadi semakin matang apabila pengalaman menjadi guru yang paling akrab.

Kenangan dengan Abah adalah kenangan yang paling bermakna dalam hidup aku. Aku cuma sempat berkongsi kasih,bermanja,bergurau,mendengar cerita,bersahabat dengan abah hanya selama 21tahun. Sejak hari itu dimana 'kekasih' diusung ke pusara,aku lihat segalanya gelap gelita. Aku enggan pulang ke rumah beberapa bulan kerana merasa takut jika aku pulang,tiada lagi 'kekasihku' di rumah.


Sejak itu aku hidup dalam kekeliruan dek kerana hati yang tidak redha dengan takdir Illahi. Namun Allah sentiasa menyayangi hambaNya. Penasihat akademik merangkap kaunselor banyak memberikan semangat kepada aku... dan Alhamdulillah setelah 9tahun berlalu,beliau tetap 'kekasih' hati aku yang pertama,tetap berdiri teguh disudut hatiku sehingga hayat ku dikandung badan.


Abah...bersemadilah dikau kasihku dengan aman disana,aku anakmu akan tetap mendoakanmu kerana berdirinya aku di bumi Allah ini keranamu.

Oklah... semoga anda semua berada dalam limpahan rahmat Allah selalu.. !!

No comments: