Thursday, March 24, 2011

Kecemerlangan mereka hadiah istimewa buatku..

Salam penuh kebahagiaan buat semua...

Errm SPM 2010 baru diumumkan semalam namun sayang kerna aku tak berkesempatan melihat wajah2 anak didikku meraikan kecemerlangan mereka. Namun aku dihujani panggilan talifon dan SMS memaklumkan kecemerlangan mereka. Dua-dua subjek aku dapat A...!! Alhamdulillah hanya itu ayat terbaik yang mampu aku lahirkan setelah berhempas pulas selama setahun siang dan malam melaksanakan kewajipan sebagai pendidik.


Bila difikirkan semula,benarlah guru itu seperti lilin,benarlah jualah guru itu bak ibu,tepatlah guru itu bagai matahari maka tepat jualah guru itu didoakan kesejahteraannya dunia akhirat.

Sungguhpun begitu masih ada pelajar yang hidung tinggi,sombong,angkuh malah memalingkan muka ketika berpapasan hany kerana perilakunya ditegur. Ada juga guru yang disumpah seranah,dimaki hamun dalam perbualan malahan diejek ejek untuk dijadikan bahan ketawa waktu senggang pelajar hanya kerana seorang guru itu "gagal mendidiknya"...gagal mendidik jiwa mereka mungkin lebih tepat lagi. Inikah bakal pemimpin kita pada hari depan? Inikah yang akan kita banggakan sebagai tiang bangsa?

Aku melihat V.E.R.T dalam perspektif yang berbeza. Pelajar yang masuk kesana berbekalkan keputusan pmr yang sangat mengecewakan. Ada diantaranya hanya mendapat 6C 2D tetapi di V.E.R.T,yang kaca menjadi permata. Nah lihat sahaja keputusan mereka yang disambut derai air mata gembira. 4A,5A,6A,7A,8A...V.E.R.T membuktikan belakang parang diasah lagikan tajam matanya.



Walaupun V.E.R.T menyimpan seribu duka buat aku namun disitulah aku belajar bertatih dunia perguruan,disitulah aku belajar mencari ketabahan dalam kepayahan dan disitu jualah aku merangkak mencari kekuatan.


Dulu masa zaman sekolah,akulah sorang umat yang teramat bebenor tak suaka nak jadi cikgu. Mungkin disebabkan rimas pabila 90% ahli keluarga aku terdiri daripada pendidik namun kini tak lagi...hehehe malah aku jatuh cinta dengan kerjaya ini. Ketika di U aku mengejar dunia korporat,berazam memasuki dunia korporat,setahun lebih berdepan dengan perit jerih korporat,perit jerih jam bekerja 8-5 maka aku beranikan diri melangkahkan kaki ke dunia pahit maung,suka duka bergelumang kertas dan buku...


Aduhai.. pahit maung dunia guru,belum termasuk lagi pe'el rakan2 guru yang seribu mcam. Ada yang terlebih ramah sehingga masuk campur peribadi orang lain,ader yang besar kepala berlagak diva seolah semua benda diselesikan olehnya,ada yang malas sembunyi diri tika yang lain memercik peluh didahi malah tak kurang ada juga yang kerjanya menyalahkan dan mencari salah orang lain.


Namun itulah asam garam dunia. Bekerja dalam sektor apa sekalipun tetap tidak akan sunyi dari dugaan dan cabaran.


Buat anak bangsaku..usah terluka dengan tipu daya dunia. Usah dibiarkan masa berlalu pergi begitu sahaja....


Oklah... salam penuh kecemerlangan buat semua...

No comments: