Friday, April 8, 2011

Bicara Hati (III)

Jika tidak kerana agama yang dipegang oleh kau dan aku,pasti telah ku lentokkan sisi manjaku didadamu agar dapat kau tebak apa yang bergelora didalam jiwaku saat itu. Jika tidak kerana larangan sunnah junjungan yang menjadi ikutan kau dan aku,pasti telah ku genggam jari jemarimu agar dapat ku hangatkan jari sejuk dan kakumu itu. Jika tidak kerana didikan ibu abi ku bahawa kau bukan mahramku,pasti telah ku dakap tubuhmu penuh kasih agar dapat aku menemanimu saban waktu. Jika tidak kerana pegangan dan prinsip hidupku bahawa kau belum halal buatku,pasti telah ku usap rambutmu agar dapat aku bajai semula cintaku yang telah hilang. Jika tidak...arggh jika apa lagi alasan harus ku cari agar aku menjadi yang halal buatmu saat ini agar semuanya dapat menjadi realiti.

“lupakan aku kerana aku telah belajar melupakanmu” aku sedikit berbisik kepadanya. “aku tak mahu lagi mengimbau kisah lama dan aku tak mahu terus dihantui cinta yang lara” suaraku sedikit serak menandakan aku menahan rasa sekuat yang mungkin. “aku relakan pemergianmu dari hatiku,aku relakan pemergianmu dari jiwaku,aku relakan pemergianmu dari hidupku” “Hargailah dia kurniaan Illahi buatmu kerna hadirnya dia kau menjadi sang suami,kerna hadirnya dia kau menjadi raja dihatinya”.

Aku berdiri lemah sambil pandanganku masih tertumpu pada wajahnya. “izinkan aku pergi” kata-kata itu terlontar jua dari bibirku setelah sekian lama aku memendamnya. Aku menarik helaan nafas yang panjang walaupun tersekat direngkungan dan melepaskan segala lelah yang bersarang di pundak hatiku. Kau bukan lagi putera dihatiku. Ku hayun langkah meninggalkan katil yang menemanimu. Tanpa menoleh lagi,ku tarik daun pintu dengan harapan kisah kau dan aku terhenti seiring dengan kehendakku. Hanya sebuah senyuman yang mampu aku berbicara. Langkah ku hayun dengan harapan semoga Allah merahmatimu.

Saat berpapasan dengan seseorang,sayup aku terdengar isterimu memanggil doktor,namun langkah kakiku seakan terlalu sukar untuk berhenti. Melangkah,melangkah,melangkah dan terus melangkah. Tak berapa lama selepas itu,aku terdengar sesuatu dari beg tanganku,”Izham telah sedar” pesanan ringkas dari isterimu....

Dihujung laluan wad Irham senyum bergula menyambutku. Dan kini hatiku benar-benar pasti dia yang terbaik untukku....

Sekian... hehehe tamatlah cerpen bicara hati ini.... Semoga anda terhibur!!

Oklah,sekian entry kali ini.Semoga anda berbahagia selalu...

No comments: