Monday, May 23, 2011

Apa salahnya berkongsi??

Salam penuh kebahagiaan buat semua... ececehh
Hmmm dalam tak sedar kita berada dihari-hari terakhir bulan mei..
errmm bulan yang menambahkan angka kepada umur aku secara rasminya heheh..
maka ingatlah angka yang bertambah memberitahu bahawa :
Mati itu pasti,hidup Insyaallah..
Topik yang rasenyer hangat bangat dibualkan sekarang ialah filem
NUR KASIH THE MOVIE

Aku tak pasti sejauh mana kutipan filem ini setakat hari ini almaklum aku nih dok kat kawasan kampung dan memang payahlah bebenor nak ke panggung wayang tuh.. heheh kalu bley memang tak masuk panggung lagi elok kottttt..
Bila terfikirkan dan teringatkan kembali plot cerita yang telah berjaya menimbulkan satu fenomena di seantero malaya nih yang mana kisah bermadu atau poligami telah digarap dengan cara berseni,halus dan tersusun. 
Mana tidaknya,pabila nur di madukan,sedikitpun tiada rasa bersalah di hati adam kerana mengikutkan rasa hati yang penuh cinta.
Dan tetiber plak aku teringat pada satu kisah didalam kawasan kejiranan aku ni ha yang mana kak Ti nih berkahwin dengan seorang pendakwah bebas. Kak Ti nih pelajar lulusan perubatan,pendek kata memang jadi doktorlah tetapi dia memadamkan impiannya menjadi doktor dengan berhenti kerja(seperti yang diminta suaminya) dengan satu permintaan kak Ti iaitu Encik F tidak mensia-siakan hidup kak Ti masa akan datang..
Setelah 10 tahun berkahwin,Encik F meminta kebenaran untuk berkahwin dengan pelajarnya sendiri,Kak Ti izinkan dengan syarat segalanya harus Kak Ti yang didahulukan...
Sekarang ?? apa jadi ? Kak Ti terpaksa mengekor ke mana sahaja suaminya pergi,bahkan mengikut suaminya dan madu yang telah berpindah ke KL..
Aduhai... Macam maner boleh jadi macam tuh? Aku bertanya sendiri..
Bukankah seorang suami yang telah berjanji untuk berlaku adil harus berpegang pada janjinya??
Tak eloklah macam nih..
Mungkin ini hanya secebis kisah dari berjuta kisah suami isteri yang pernah kita dengar..
Ianya untuk dijadikan panduan kita jua pada masa hadapan..tul tak??
Hmm berbalik pada kisah adam dan nur.. depa nih memangler sweet couple..
kan elok semua orang islam berpegang reguh dengan agamanya maka
pelbagai masalah anak remaja sekarang tak kan ada. 
Lihat saja anak gadis melayu zaman sekarang,macam dah takder MARUAH!!
Terkinja-kinja kat pub... dipeluk dan begitu mudah dibawa kebilik..
Kasihannya dengan mereka2 ini...
Maka akan terhasillah hasil yang akan diletakkan ditepi longkang,depan masjid malah ada yang dibakar.
Itulah jadinya pabila agama dibuang ketepi.. pluralisme mengambil tempat maka terjadilah westoksikasi..
Alahai anak bangsaku..
Oklah nak stop dulu entry buat kali nih..
Semoga kalian berada dalam rahmat Allah selalu..











 

No comments: