Wednesday, May 18, 2011

Novel oh novel

Salam penuh kebahagian buat korang semua...

Mua ha ha... Hujung minggu baru2 ni aku teramatlah sibuk jadi teramatlah penat. Maka segala kepenatan akan terhambur keluar pada pagi senin yang hening pabila semua orang berkobar-kobar bekerja hanya aku seorang seolah-olah jarum jam kehabisan bateri...aduhai terlalu sukar untuk menggerakkan tubuh dan hanya sebiji bantal terbayang-bayang dibirai mata..

Walaupun penat namun hari sabtu meninggalkan kenangan yang tak terluah dek kata-kata. perjumpaan beramai-ramai rakan kelas di u dulu walaupun hanya 10% yang hadir namun memangler gempak. masing2 perangai tak berubah... Yang laser tetap melaser,yang kepoh tetap maintain kepoh,yang malu2 tetap tersipu malu biler kaki lawak buat lawak. tu belum dapat jumper semuer..biler dapat jumper semua,Insyaallah renion next year... mmg haru birulah sebab masing-masing nak bercerita.

Entry kali ni nak ngomel sket pasal novel.... Dari zaman aku meniti usia belasan tahun,aku telah mula menggilai novel. Antara karya tahun 90an yang aku meniti adalah hasil karya Lamia Aimal,Shamsiah Mohd noor,Sharifah Abu Salem...Amaruszati dan ramai lagi.

Dan dek kerana berlaku lambakan novel dirumah aku ini maka diusahakan mini library yang mana diasaskan sendiri oleh aku. Bukan hanya untuk novel,terdapat majalah Ujang bahkan majalah Gila-Gila yang disimpan dari awal tahun 90an lagi..susah nak dapat tu sekarang!!

Tapi kan aku ni ader satu pe'el yang maner teramatlah kedekut nak bagi pinjam kat orang,tapi akak2 aku slumber jer bagi pinjam kat kengkawan dier,jadi memang dapat ceramah freelah dari aku...huhuhu Bukan aper,dah serik sebab biler bagi pinjam,mesti hilang...amender lah diaorang nih,dah pinjam 'rete' orang,jagelah lek lok kan...??

Salah satu novel yang menjadi “pujaan hatiku” (baca dengan nada aziz satar dalam seniman bujang lapok) semenjak tahun 1998 ialah ‘BILA SENA KEMBALI BERBUNGA’ yang mana aku fans giler kat novel ni. Beberapa tahun kemudian novel ini disambung ke bahagian dua yang mana ianya menyedarkan aku bahawa jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi dengan mawar mewangi. Aku membesar,meniti alam remaja dan menjadi dewasa dengan novel ini. Sejak itu bunga sena adalah kegemaranku. Aku akan tersenyum sendiri tika melewati pepohon pokok sena di kampong ku ini.

Aku dengan bestpren iaitu my alin meniti alam persekolahan sama-sama meminati dan menjadikan novel ini harta yang tak ternilai harganya. Entahlah,mungkin pada korang yang pernah baca novel ini akan beranggapan novel ni biasa-biasa ajer namun tak bagi aku. Aku sendiri tiada jawapan yang tepat untuk dijadikan asbab aku menggilai novel ini. Adakah kerana zek yang digambarkan sebagai seorang yang sangat kacak atau watak afikah yang tulus mencintai zek... ermm entah...

Sekarang aku mengikuti siri novel dari Ramli Awang Murshid,satu cerita epik yang bisa membuatkan aku terawang-awangan.... Bermula dari Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu,Hijab Sang Pencinta,Cinta Sufi,dan yang terakhir Sutera Bidadari...Aduhai tema cinta epik memang menjadi kegilaan aku!!

Entah mengapa kisah cinta epik ini menghantui diriku...hehehe
Bila baca novel ni seolah-olah aku pun turut mengembara bersama sunan ku...
Tahniah kepada Ramli Awang Murshid kerana cerita cinta epik karya teragung..
Sekaarang dalam rangka usaha menghabiskaan semua koleksi novel my fovourite writer Dr FT...mesti habiskan 'tunggu reduh dulu'...
Ada dua lagi buku FT yang belum menjadi ahli keluarga aku...sedang diusahakan...

Alhamdulillah impian mempunyai perpustakaan mini dimakbulkan Allah.. Walaupun tak besar mana namun cukup untuk memuatkan himpunan buku2 aku yang hampir mencecah 200 buah termasuk koleksi buku-buku motivasi dan sejarah...

Ok biler mini library aku sedia untuk beroperasi,akan aku upload gambar eh kek sini yo...hehee

Oklah... sampai disini sahaja entry aku buat kali ni...
Semoga kalian semua berada didalam limpahan rahmat Allah senantiasa hendaknyer..
Salam penuh kasih sayang...muaaahhh

No comments: