Wednesday, May 18, 2011

SELAMAT HARI GURU...CIKGU

Salam penuh kebahagiaan buat semua..

Diam tak diam hari guru menjelma lagi dan maser nih lah cikgi2 (aku sorang jer kot) raser touching sket biler nyanyi lagu tema hari guru...cheeewah menghayati lebih2 plak ek...takperlah asalkan matlamat dan tujuan tersemat rapi didada..

Biler bercakap pasal cikgu nih,aku raser aku pun salah seorang pelajar yang sukerlah sangat buat kepala cikgu aku pening,semenjak dari tadika(cikgu salmah) sampailah ke sekolah rendah (zaman kene piat perut ngan cikgu bedah) sampailah zaman remaja biler nangis sakan sebab cikgu biologi (cikgu mat yang best giler) pindah...huhuhu
Pernah maser tu tingkatan dua,ader plak sorang cikgu ERT yang baru jer posting kat sekolah aku,aku tengok lembut jer so takder raser takut lah pulak(tak baik tul perangai aku nih) sehinggalah perangai aku n the gang menimbulkan kejengkelan dihati cikgu nih,dengan nada sedih dier halau aku n the gang keluar...out! out! keluar!!! Memang geramlah sesangat maser tuh,so kitorang pi lepak2 kat kelas..tup tup budak lelaki kelas aku masuk plak,diorang dok tanyer naper kitorang kat dalam kelas tapi budak perempuan lain semua dalam bengkel,nak cover punyer pasal,kitorang jawab "kitorang nyer projek ERT dah siaplah"...

Tak lamer lepas tu anai bagi idea supaya kitorang mintak maaf ngan cikgu tu... so nak dijadikan ceriter,cikgu tu dengan bangganyer aku nak umumkan disini iaitu cikgu Shalawati,saya sayang cikgu!!! Muaahhh.. korang nak tahu tak,beliau sekarang dah jadi kawan baik ngan aku!!! Subhanallah,indahnya aturan hidup ini..
Semenjak jadi cikgi nih,memula malu gak tau sebab jumpa semula ngan cikgu2 yang ngajar aku dulu tapi yang the best part is aku dah jadi sebahagian rakan cikgu2 aku dulu...bley borak and melawak aper2 jer..yuhuuuuu best wooo guruku rakan baikku!!
Betulke guru seperti lilin,membakar diri demi meneraangi orang lain?
Pada aku,tak payahlah jadi lilin,mengapa nak cederakan diri sendiri..kan elok guru ibarat mentari,menerangi sekian isi bumi...

Oklah semperna hari guru tahun nih aku merajinkan diri buat sedikit souvenir untuk dihadiahkan kepada teman-teman guru... biasa2 ajer sebab kesuntukan waktu!!
Oleh kerna idea nih hadir secara tiba2 maka dalam masa beberapa jam sahaja ianya diolah menjadi kenyataan.. sampai kul 1 pagi aku 2 beradik mengadap mende nih..
Ader berbagai cara yang aku nampak rakan-rakan guru meraikan hari guru sesama sendiri...ader yang bertukar ucapan, pelukan, rangkulan, bertukar kad ucapan tak kurang juga bertukar hadiah atau ke restoran eksklusif membelanja diri sendiri.. Oklah tu kan...

Pelajar juga tak kurang keatifnya menyediakan kad ucapan yang cantik lagi eksklusif untuk tatapan dan kenang-kenangan para guru yang disayangi..heheh

Ok lah sampai disini sahaja entry buat kali ini...

No comments: