Tuesday, June 28, 2011

Anugerahkan aku ..

Assalamualaikum w.b.t 
buat semua umat islam di bumi Allah yang bertuah ini
Entah bagaimana hendak memulakan cerita lantas bagai terngiang ngiang di birai telinga "mulakan dengan bismillah" maka sepantasnya istighfar ku lafazkan kerana terlupa seketika padaNYA.
Bukan sesuatu yang mudah untuk aku lakukan agar terus berdiri,berdiri dan berdiri.
Sukarnya sehingga acapkali hati ini lelah.
Penatnya hingga kerap benar jiwa ini ingin mengeluh.
Muhasabah menjadi keutamaan ku dalam mencari diri ini.
lantas ku gagahkan jiwa agar mengembalikan kembali keyakinanku. 
Berkali aku mengingatkan diriku bahawa Allah tidak mengujiku untuk sesuatu yang sia-sia. Malah Allah S.W.T merancang untuk ku kebaikan yang tidak dapat sama sekali aku bayangkan.
Maka biarlah kegelapan malam ini ku tempuhi dengan sejuta kepayahan kerana esok pasti akan hadir sang mentari menyinari.. InsyaAllah
Ya Allah...
Anugerahkan aku sejuta ketabahan
Anugerahkan aku kesabaran
Anugerahkan aku keikhlasan 
Anugerahkan aku sesuatu yang tidak dimiliki oleh hatiku
namun dimiliki insan-insan terpilih olehMu
Amin..

No comments: