Friday, June 24, 2011

Tak stabil...

Assalamualaikum...
"Berjalan sepetang ke tasik perdu"
"Mari di ajak si Imam Nuri"
"Siapa kata hati tak rindu"
"Cuma tak cukup tangan dan jari'

Cheewahhh ape ke hal pulak aku berpantun bagai petang2 jumaat yang berbahagia nih!!
Berbahagia kah??? Errrrmm
Baru jer jap tadi aku call TM careline buat aduan pasal streamyx yang ntahapeapentah..
Geram tau dah lah bayar setiap bulan tapi servis??? Huhh wat sakit ati acik jerrr!!
Naper ni? naperlah aku alwayz hilang sabar lately nih? Maybe dah terlebih sabar kot dan lastly burst!! Dengan saper..... dengan mereka2 yang alwayz ambil kesempatan atas keluhuran serta keikhlasan hati orang lain. Bila dah dapat apa yang mereka impi dan idam-idamkan... kami dibuang bagai sampah
Oppss habis madu sepah dibuang dan bila nak pakai semula..
buat muka tak malu lagi... Naperlah ader orang macam ni kat dunia yang fana nih ek?
Tak fahamlah... Dan lagi satu naperlah ader ramai yang suka bermuka muka? Eh lupa plak kes nak naik cepatlah nih...
Ader plak sorang nih yang amat aku hormati sebelum ini dah menjatuhkan sendiri standard yang aku berikan kat dia.. Sebelum nih aku buat pekak jer bila rakan2 lain bercerita sebab aku cakap kat diri aku... alwayz +ve thinking tapi aku tahu apa yang mereka cakapkan itu betul sebab aku dah tengok sendiri..
Tapi bila makin lama aku tengok dia mempergunakan aku so tada... aku dengan tak sengaja dah tertipu dia..
So ceritanya macam ni.. aku nih kalu free suke buat kerja yang walaupun due datenyer lambat lagi sebabnyer aku selalu terlupa,lagi satu daripada dok berborak baik aku siapkan maner yang perlu.. Jadi aku dah buatlah kerja yang mana ditugaskan kepada aku. so one day aku bagitahu dengan Kak F yang aku punyer part dah siap,kak F cakap dia terlupa nak cakap dengan aku yang aku tak perlu buat tetapi Kak T yang kena buat. So aku diam2 ajerlah. Pada aku tak kisahlah,dah terbuat pun... simpan ajerlah..
Hehe beberapa hari pastu kak T datang jumpa aku mintak apa yang aku dah buat!! Errmm nak skima sekali tu.. alamak aku terbohong plak yang skima tak siap lagi,hanya soalan yang dah siap!! Hadoii tindakan refleks tu sebab bukan niat aku nak kedekut tapi....ermmm
Masalahnyer nih bukan kali pertama tau kak T tu.... banyak yang aku simpan dlm ini hati..
dan yang paling sadis dia buat bodo jer ngan aku skrg!! 
happada .. eh eh eh Alwayz +ve thinking.. die sibuk tu!! 
Ya Allah, sukarnya aku mendidik hati ini...
 
Aduhai...
Jadi untuk memujuk hati ni maka aku terpaksa mengalih perhatian dan pemikiran aku ke arah sesuatu yang lebih mengujakan,mendamaikan dan menenangkan supaya
aku tak bekerja dalam situasi yang tertekan.
Berkorban apa saja?? Itu moto aku tahun lepas.. tahun nih? No more setelah apa yang telah dibuat pada aku sehingga meninggalkan kesan yang amat mendalam. Biarlah luncai terjun dengan labu2nya.
Aku hanya mahu menjadi penonton.
Sabar ?? Itu sudah menjadi kewajipan selagi yang menjadi junjungan adalah Allah dan rasul
Oklah panjangnyer aku mengomel petang2 jumaat nih..
Agaknya sebab dah lama simpan,pastu bila dah meletup... tu dia..
Lagi satu jauh dilubuk hati aku ini aku masih lagi bersedih atas peristiwa2 yang berlaku 2 minggu lepas dan terlalu sukar rasanya aku memujuk hati ni. Biarpun senyum dan ketawa menghiasi hari2 yang aku lalui namun ia masih menghantui fikiran aku dan telah merubah aku sehingga aku tidak sama seperti dahulu.
  Dihati aku masih terasa lukanya,seolah-olah masih mengalir kedukaan itu disegenap ruang jiwa sehingga terlalu sukar untuk aku memadamnya.
Moga hati ini terus tabah mengharungi ranjau dan dugaan hidup ini..
Oklah sekian sahaja entry aku buat kali ini... Ehem walaupun dah lama aku tak post apa2 entry. Bukan aper,haa aku dah jawab dalam pantun diatas!!
 Selamat berbahagia...semoga kalian semua berada dalam rahmat Allah selalu hendaknya... Jazakallah

No comments: