Monday, January 9, 2012

Aku mahu melupakannya

Tuhan..nyata aku masih Kau sayangi
Tuhan.. nyata aku masih Kau perhati
Tuhan..nyata aku masih dibimbingi
Terasa sayu disudut hati ini
kerna dia aku berantakan
kerna dia aku penasaran
kerna dia aku kegelitaan
kerna dia aku terlupa
aku terlupa padaMu
Kejamnya aku...Tuhan
Tuhan.. aku ingin melupakannya
melupakan segala-gala yang membuatkan aku lupa padaMu
Tuhan.. betapa aku sendiri tanpaMu
Tuhan.. betapa aku tak ada apa tanpaMu
Tuhan.. betapa aku lemah tanpaMu
Tuhan betapa aku menzalimi diriku sendiri
Tuhan..
tiada cinta teragung tanpa cintaMu
Tuhan.. izinkan jiwa yang penuh cinta buatMu berkelana di lembah hati ini

No comments: