Wednesday, January 4, 2012

sesekali tercuit jua rasa rindu

Sesekali tercuit jua rasa rinduku
kepada kanak-kanak yang bersama berlari denganku bertahun dahulu
Sesekali tercuit jua rasa rinduku
kepada remaja-remaja yang pernah mewarnai alam remajaku
Sesekali tercuit jua rasa rinduku
kepada geng seangkatan kenakalannya denganku
Sesekali tercuit jua rasa rinduku
kepada teman-teman yang bersama mengukur pekan
Sesekali tercuit jua rasa rinduku
kepada teman-teman yang bersama bersengkang mata demi segulung sijil
Sesekali tercuit jua rasa rinduku
kepada teman-teman yang turut sama perdajal kawan yang terlebih rasa takutnya
Sesekali tercuit jua rasa rinduku
kepada teman-teman yang makan sepinggan,minum secawan,tido sebantal demi mengejar masa depan
Sesekali tercuit jua rasa rinduku
kepada masa-masa yang telah berlalu pergi 
kerana aku tahu ianya takkan kembali lagi
lantas aku melipat ia kukuh menjadi lipatan kenangan
agar aku mampu bercerita
agar aku mampu melukis sebuah lukisan perjalanan hidupku
agar hatiku terus tabah mengharungi lautan kehidupan 
kerna hidup ini terlalu singkat
sampai masanya kita kan dijemput jua..
moga tika itu rinduku akan terlerai jua..

No comments: