Thursday, March 22, 2012

SPM....Nak guna sampai bila-bila

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara
Moga kita sentiasa berada didalam limpahan rahmahNya..
 
Hmm keputusan spm untuk tahun 2011 telahpun diumumkan
kira-kiranya mudah saja
sebanyak mana seseorang pelajar itu usahakan
diiringi doa ibu bapa dan kerja keras guru
sebanyak itulah yang akan dia perolehi
formulanya?

USAHA + DOA + TAWAKAL

Jadi kepada yang berjaya,Tahniah...Alhamdulillah
nanti jangan plak anda keluarkan statement tidak berakal
"kejayaan ni hasil usaha saya"
cepatnya anda lupa dengan jasa ibu bapa,jasa guru2...kawan2..
Bila dah berjaya..usaha anda sendiri rupanya

Bukan senang tau nak melaksanakan pelbagai program yang dirangka
oleh pihak sekolah dalam memastikan pelajar tingkatan 5
dapat mencatat keputusan yang cemerlang.
Tambahan pula yang diajar bukanlah subjek favourite..
Banyak yang para guru korbankan..
masa,tenaga,emosi dan banyak lagi

Aku tertarik dengan statement yang dikeluarkan oleh pelajar cemerlang SPM dari terengganu semalam
"jangan suka cakap yang buruk2 pasal cikgu sebab dia adalah guru yang memberi ilmu kepada kita"
Hmm memang betulpun dan aku dah tengok sendiri
pelajar2 aku yang kategori macam tu memang tak kemanapun result SPM nyer
Teruk...akhirnya malu sendiri nak jumpa dengan cikgu2 yang selalu mereka jadikan bahan..

Kepada yang nak ambil SPM tu..muhasabah diri
berubahlah demi kebaikan anda juga

Kepada yang tidak berjaya mencatat keputusan cemerlang
ini bukan penamatnya malah permulaan untuk anda terus mengorak langkah !

Oklah...moga ketemu lagi yer !!

No comments: