Wednesday, April 11, 2012

Si Kedekut VS Si pemurah

Assalamualaikum WBT

KEDEKUT VS PEMURAH

Aku dah lihat 
aku dah perhatikan
aku dah saksikan
si kedekut VS si pemurah
dari aku kecil
sehingga ke hari ini
si kedekut tak pernah berubah
mungkin jua tak akan berubah
kerna kesempatan waktu yang masih berpihak padanya
tak digunakan tuk membuang tabiatnya
malah dalam waktu yang kian dimamah usia
masih tegar membicarakan emas,tanah dan harta benda
masih mempertikaikan apa sahaja
kerna menurutnya semua itu miliknya
kasihan benar aku dengannya
mengapa begitu sekali kata-katanya
kerna itu..semua bagai ingin menjauhkan diri
bimbang jika rapat,dikatanya inginkan wangnya
aduhai...
anaknya sendiri dia tipu daya
dek gelapnya mata kerana harta
hingga kini hati anaknya terluka..

Si pemurah
tak lokek apa sahaja
mintalah apa jua...jika ada,pasti diberikannya
hidupnya disayangi
kerna dia seorang penyayang
mudah mudahan jua diberkati
menurutnya harta itu daki dunia
mengapa harus bebankan diri kernanya..
Si Pemurah..
moga dirimu dirahmati
moga dirimu dilimpahi kasih Illahi..

No comments: