Saturday, April 7, 2012

Harap tudung jer labuh kan...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

hmm petang sabtu begini
elok benar andai ditemani sesuatu yang berfaedah
bukan dihujani dengan penipuan demi penipuan
hairan benar rasanya
mengapa terlalu sukar berkata benar
benar...ubat itu pahit
tetapi jika penipuan yang menjadi sandaran,
ia akan menjadi satu racun..
andai dibiarkan melarat .
Bila difikirkan kembali
mereka "kaki agama"
kononnya selalu ke madrasah..
menghadiri kuliah agama sana dan sini
tapi suka benar menipu !
Benarlah kata paklong Lebar
"orang yang pakai serban besar ni..bila dia melilit serbannya..
ada seribu satu yang dia lilit bersama untuk ditutupi"
sungguhpun tak semua begitu tapi masih ada segelintirnya begitu
Benar sungguh
bukan omongan kosong tetapi
aku melihat dan melaluinya sendiri
si isteri bertudung labuh tetapi
terlalu berat di bibirnya untuk berkata benar
hmmm pembohongan...
walau sedalam mana pasti tidak dapat disembunyikan
akhirnya 
mereka memalukan diri sendiri
kasihan..
jika sebelum ni
macam-macam kata yang menyakitkan hati 
dia lemparkan pada aku adik beradik
aku diam..
kakak aku jua diam..
kami semua diam..
katalah apa pun..
kerna sabar itu terlalu besar hikmahnya
kerna kami tahu hakikat yang sebenarnya..
kasihan...
sungguh kasihan..
jangan jadi kacang lupakan kulit..
jangan pula jadi seperti anjing yang dilepaskan dari tersepit..
ingatlah..
hidup ini ada
KARMA..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

No comments: