Saturday, April 20, 2013

Jawatan punya pasal

Assalamualaikum WBT...
Hmm.. lamernyer tak ke udara
melontar rasa dari setiap penjuru jiwa..
walaupun sesekali terasa terlalu ingin namun 
bagai ada sesuatu yang menghalang...
yaaa.... 
aku tahu apa itu...
mungkin jua oleh kerna 
bimbang kan tersasul kata
yelah...
almaklum jua
tak semua yang dilontar
sama dihadam
sama dicerna
kerna memang sudah fitrahnya
kita semua berbeza
..............................................................

Jawatan punya pasal
telah lama ingin aku unggahkan
dek kerna rasa geram yang mendalam..
bukankah ketua kampung itu tugasnya sebagai ketua
sebagai pentadbir
sebagai contoh 
tapi wajarkah bila ada penduduk kampung datang mengadu
hanya dijawab begini
"itu aku tak tahu"
maka tidak menghairankan
bila aku berbual dengan jiran - jiran
sebut sahaja nama si "ketua kampung"
mereka mencebik bibir..
uwan umur 85 tahun pun boleh memberikan reaksi begitu
nahhh
renung - renunglah semula
apa sebenarnya tugas dan tanggungjawab anda
kampung ini masih gelap..
membahayakan kerna ia jalan utama
penghubung desa dan kota
hmmm
ini lah puncanya bila tanggungjawab di kesampingkan
nama nak
pangkat nak
gaji nak
kerja ???
alah 
pandai pandailah orang kg ni nak hidup...
......
Allah SWT kan ada..
lupalah tu...
jaga - jaga
anda bakal dihitung
setiap yang anda lakukan..

No comments: