Tuesday, March 22, 2011

Pabila adik-adikku di 'siti' kan...

Salam selasa buat semua!!
Assalamualaikum...
Entry kali ni nak ngomel skit pasal rancangan realiti tv yang top 5 dalam carta aku iaitu program realiti adik-adikku... Oleh kerana malam tadi adalah malam kemuncak rancangan ini maka dengan penuh semangat sambil minum air durian belanda buat sendiri,aku menonton seorang demi seorang peserta dengan mulut mengomel kenapalah dan sapelah punyer idea menjemput 'kak ti' buat persembahan.

Ok..ok aku bukan anti 'kak ti' malah aku penggemar lagu2nyer tetapi apabila beliau muncul di pentas akhir rancangan ini,aku tak nampak langsung kerelevennyer beliau diundang...(pendapat peribadi) padaahal melambak-lambak artis nasyid yang hebat2. Mengapa dia? ishh bukan aper,kesian kat 'kak ti' ni... melepet jambul dia sbb malam tadi terpaksa tutup habis aurat nan satu itu padahal sebelum nih dok tersembul keluar.. lagi satu aku rase 'kak ti kene asah bakat atau mungkin lebih tepat tidak berbakat dalam bidang pengacaraan kerana pada hemat aku rancangannya di astro ria itu ok tapi pengacaranya yang agak terkial-kial,kurang mengingati fakta malah setiap kali ingin bertanyakan soalan,beliau minta izin dulu... mual lah pulak tengok..

Naperlah entry aku kali ni penuh dengan perasaan yang kurang enak..asyik meng'kondem' orang jer... berbalik pada adik-adikku,mungkin Jakim perlu kaji semula artis jemputan yang layak dijemput. Sekiranya menjemput artis nasyid tak ternama tetapi ber qasidah menyentuh jiwa adalah jauh lebih baik dari yang dipersembahkan oleh 'kak ti' malam tadi..

Tahniah juga diucapkan kepada adik Munir yang muncul juara malam tadi dah tahniah jua buat adik-adik yang lain sehingga melayakkan diri hingga ke peringkat akhir. Rancangan ini wajib diteruskan disamping sedikit penambahbaikan dengan meningkatkan mutu hiburan islam. Hentikan idola kecil,lupakan sebentar tom tom bak atau aper sahaja rancangan kanak-kanak yang tertumpu pada nyanyian dan tarian. Sudah tiba masanya umat islam harus sedar betapa pentingnya agama dididk dalam sanubari anak-anak yang akan menjadi peneraju masa hadapan.

Maaf didahulukan andai entry ini boleh dikategorikan sebagai terlalu emosi... aku kira lah!!

Semoga anda semua berada didalam limpahan rahmat Allah jua hendaknyer... Best tgh layan novel FT,tunggu teduh...

No comments: